Jumaat, 30 Julai 2021

Si Bulus-bulus Kesayangan


Allahu Akhbar lamanya tak bercerita di blog ni. Eeemmm... berfikir apa yang nak diceritakan. Pasal lelaki kaaa. Pasal Kek batik kaa.. pasal vaksin kaaa, pasal kerja kaaa... atau projek yang dirancang. Yaaa.. ada projek sekarang ni tengah mengumpul barang-barang yang telah dibeli secara online di lazada. Masih lagi tak complate. Next time la cerita, takut tak jadi malu sendiri nanti.


Usia sebulan baru dapat gentel


Ok la tiba-tiba teringatkan kucing aku, hahaha... haaa!! kucing la. Aku memang suka kucing, tapi tak suka nak bela sebab malas nak bagi makan. Itu je hahaha. Tapi mana nak tau takdir kan. Kucing ketiga yang aku jaga, hidup sihat sehingga kini, ganas tetap sama tapi seolah-olah semakin faham apa yang aku bebelkan dia, Hero namanya, dia da pandai dengar kata. Kalau terlepas dah pandai balik rumah. Lucunya bila dia tak balik-balik aku cari kat parking sambil jerit nama dia, kalau dia ada dia akan datang hehehhe... kelako.

rukun aman family yoo, tidur pun berjemaah hahahaha 

Sekarang Hero dah ada keluarga. Aku sengaja bawak ibu kucing anak 3 yang aku ambil di kedai kek, niat nak anaknya yang bulu gebu gebas tu, tapi sayangnya ketiga-tiga anak kucing tu mati. Suka tak suka aku jaga la si ibu tu. Tapi layanan memang berbeza la tak sama macam hero yang aku sayang, aku bagi makan je, nak belai nak usap tu tak, masuk bilik aku pun tak boleh. Kesiankan dia yang kurap tu aku bawak dia ke klinik, Alhamdulillah tak sampai sehinggu kurap dia beransur pulih, sekarang dah OK. 

Siapa sangka bulan puasa kemarin, boleh pulak dia beranak, tak perasan langsung yang si ibu tu bunting. Tiba-tiba mengiaw-giuw macam kucing nak beranak. Sudahnya beranak beralaskan kelambu aku bawah katil dalam bilik aku. Sabawww je la.


sun @ moon masa baru lahir

Dapat la 2 ekor, Alhamdulillah sepasang, 1 belang oren betina, 1 berbelang hitam jantan. Baka Hero sungguh la keduanya bila corak bulu ikut si bapaknya. Cuma yang betina bulu ikut ibu dia bulupanjang gebu gebas, MasyakAllah dah la gituw peel diva sangat x pandan yang miew... mujur la sayang kan, nak gurau dengan kita boleh, tapi bila kita nak pegang dia menjerit!!, geram pulak. Si itam tu da pandai nak manja-manja. Seronok tengok 2 ketui tu membesar depan mata, sekarang Work from home boleh la tengok sibulus kesayangan aku tu. dah 3 bulan pun, sihat walafiat keduanya, Alhamdulillah.

Tercapai jugak hasrat hati aku nak tengok anak hero. Hasil benih hero kikikiki..... Sebab tu la aku tak sunat-sunatkan si Hero. Asyraaf pun da tanya-tanya bila nak sunatkan. Tu pun satu boleh tahan nakai. Pantang pintu terbuka, pantang orang leka tiba-tiba hilang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan