Isnin, 7 Disember 2020

Kenangan masa KPK









Alhamdulillah, PKPB dah berakhir di Purajaya, makanya hari ni bekerja seperti biasa. Walaupun hakikatnya aku bekerja pada setiap hari, tetapi dalam masa yang singkat. Da siap kerja boleh balik. Peluang yang ada aku ambik kesempatan untuk meniaga, jual kek batik dan terbaru korean Garlic Cheese Bread. Alhamdulillah ramai yang suka. Bila kembali bekerja seperti biasa. Aku pun stop.
Tapi sebenarnya itu intro je. Sebenarnya yang aku nak story mory lain hahahaha. Ye la kenangan masa PKP yang mula-mula dulu keadaannya berbeza. Memang duduk dirumah dan kerja memang x de. Kerja aku hari-hari memasak. 

Selain tu, aku menfaatkan untuk menambah amalan. Memang seronok, dapat tunaikan Tahajud, Dhuha, Rawatib, hanya beberapa kali je tertinggal Tahajud dan Dhuha dan solat sunat taubat aku laksanakan berselang seli atau selang sehari dua begitu.  Lebih istimewa dapat solat Terawih sendirian tanpa gagal kecuali uzurnya seorang wanita yang masih subur aaahh gituwww hahahaha di tutup dengan witir.

 Ini le pertama kali aku solat terawih dirumah. Jadi belajar la ilmu baru. Kalau tak ko ikut je imam kannnn. Sekian lama bertahun-tahun aku berbuka dimasjid pada bulan ramadhan tahun ni cukup sebulan aku memasak untuk berbuka, Alhamdulillah juga atas nikmat rezeki olehNya. Memang seronok bila dapat lakukan semua tu dan dapat tinggalkan hal kerja dan duniawi.  

Tapi sayangnya, bila kata aidilfitri, segala amalan yang aku lakukan tu terus aku tinggalkan, sehingga la hari ini, pasang niat setiap hari, tak banyak nak solat tahajut je peh!! memang payah, hanya kadang-kadang terlaksana. Niat tu sentiasa ada. tapi entah kenapa da terjaga sambung tidur balik. Sungguh memang orang yang terpilih Allah gerakkan hati untuk sujud kepadaNya disepertiga malam. Dah tak selalu, sekarang kadang-kadang, jarang -jarang. Sedih. Ada syaitan ke betapa dalam badan aku ni.  

Baru aku sedar bahawa, apa yang aku amalkan tu, memberi rezeki, melancarkan rezeki kek batik aku sentiasa laku. kalau seloyang tu ada order 1 atau 2, yang berbaki tu ada sahaja yang akan bertanya ada stok ke tidak. Aku memang tak sangka. Berbeza dengan keadaan sekarang. memang payah sikit. Sedari itu aku masih tak usaha untuk bangun tahajud. Liat dalam badan ada setan bertanduk 10 tu yang berat sungguh nak bangun. Serius payahnya tak tau nak kata macam mana. Seminggu sekali pun payah, Allahu Akhbar. Simpati pada diri sendiri. Baru tadi aku terbaca, fadhilat setiap solat sunat yang aku buat. Harap-harap dapat jadi pembangkit semangat untuk terus bangun malam. 

Tetapi istimewanya semasa  PKP tu aku terkenal juga seseorang yang menjadi teman bebual dan berkongsi aktiviti malah mendapat info dan perkembangan mengenai PKP. Dengan dia aku berkongsi menu setiap hari. Walaupun tak kenal paras rupa dan nama penuhnya, aku melayan je mesej orang tu, dah nak buat apa lagi kat rumah, bukan busy mana pun. Dia pernah PM aku da lama di FB, aku bolayankan jeeee, sebab identiti  KPK ni x meragukan,tapib Aku memang x layan FB fake nim

Tapi tu la tu tak kawan maka tak kenal. Bila da melayan rasa selesa berkongsi aktiviti seharian, da macam sadiwara semasa gamaknya. ada je cerita. Serba sedikit dia tahu mengenai aku, paras rupa, tempat kerja, buat kerja apa. Dia sangat menghargai aku, nampak serius nak aku, sampai bertanya pada aku mengenai "wang hantaran" jawapan aku mudah je "mampu milik" hahahaha. Ini kerana aku memang suka tunjuk kelebihan aku pada lelaki yang aku kenali. Nak-nak pasal masak memasak. Tak la pandai tapi suka mencuba, dia pun puji dan kagum atas usaha yang aku buat. Kelebihan yang lain tu, biarlah rahsia, hahahaha....  Bukan semua perempuan suka nak memasak, nak mengemas yeeee. Bertuah la pada lelaki yang dapat isteri macam tu dan hargai ia. Malang le lelaki kalau dapat bini tau habiskan duit, masak malas, food panda hari-hari. Hahahaha... abaikan, banyak duit bayar saje. Tetapi bagi Aku kerugian besar kalau Tak masak sendiri, hidangkan suami air suam pun da dapat pahala, apatah lagi kalau buat air teh O, masakan yang sedap-sedap berganda-ganda para isteri dapat pahala. Rugi oooo nak dapat pahala bukan susah pun.

OK sambung semula.... hahahah aku hanya tau nama dia, Klasik sangat, katanya dia berkulit cerah tapi wajah muka melayu, orangnya tinggi, tua la dari aku duda anak... berapa aku pun x ingat dua ke tiga. Dia pandai dan mengaji sedap wow kan... Dia pun ada kongsikan solat sunat tasbih. Sampai ke hari ni aku x buat-buat, solat sunat ni pun hebat fadhilatnya. Yang pasti dia dan aku sama-sama mencari keredhaanNya. Itu yang payah untuk aku temui lelaki zaman sekarang. Aku bukan mencari pasangan  berilmu dan sealim ustaz, memadai kalau sama-sama ingin berubah ke arah kebaikan demi hidup diredhaiNya. Aku pun ingin menjadi muslimah sejati, tetapi masih tak mampu nak berubah, pakaian sahaja masih seperti  muda mudi heee... Allahu Akhbar. Berubah penampilan bukan bererti berpurdah, bernikab dan berjubah. Memadai berpakaian yang menutup aurat, tak susah pun. kalau berbaju kurung pun dan menutup aurat, pakai pula stokin dah sempurna menutup aurat. Aku pun tak mahu pasangan yang nak merubah aku, aku suka kalau buat secara suka rela.

Eh tibaaaa.... asyik iklan je cerita aku ni. Yang paling best aku dan dia suka menyanyi, dia tak sabar-sabar nak tunggu PKP berakhir, nak jumpa, nak meminang hahaha yeee dia yang sangat teruja. Tapi aku tidak, aku tak mudah percayakan orang. Nak-nak orang yang menyembunyikan identiti mereka. Puji la setinggi langit, cinta la sedalam laut china selatan, aku terima apa yang dia kata, tapi tak semestinya percaya. Kalau betul tunjukkan diri sebenar. Beriya-iya nak kita, kita pun tak tau siapa dia, Aku da banyak kali terkena. Tak kisah la kalau dia nak kata dia tu berdarah raja selangor sekali pun. Aku hanya menerima ia sebagai satu perbualan kosong. Bila da berbulan-bulan berborak, sudahnya aku tetapkan syarat, dalam seminggu dia kene bagi aku gambar dia. Selepas tu, dia pun senyap. Aku lagi la senyap. Sebelum tu dia memang ada kata dia x boleh tengok PC, ada masalah mata. Aku still x mau mesej. Sampai la ni, bagus tak???? hahahaha Makanya cerita tentang aku dan dia berakhir begitu saja. 

Bayangkan jika cerita ini jadi realiti, aku boleh katakan cinta PKP hahaha. Tak bertemu jodoh tetap bertemu. Boleh buat novel la cerita aku ni. Macam-macam cerita hidup aku ni. Hakikahnya still "Tiada Jodoh Antara Kita". It's ok aku da biasa, perasaan pun x de, cuma happy je ada seseorang untuk berkongsi cerita dan aktiviti. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan