Selasa, 15 Disember 2020

Ayam Kukus Halia

 


Musim- musim- hujan ni makan yang berkuah, sup-sup, kukus- kukus memang sedap, Jom try menu yang 1 ni, menu sihat sesuai untuk yang diet.

 

Bahan Perapan:

 4 potong ayam - bahagian thigh

3 inci halia - hiris halus

2 ulas bawang putih - dicincang

1sudu besar kicap cair

1sudu besar minyak bijan

1 sudu besar sos tiram

Garam dan gula secukupnya

 

Hiasan / tambahan :

Lada merah/hijau & lobak merah dihiris nipis.

Lada cili dipotong bulat jika inginkan rasa pedas

Daun bawang - di hiris

Daun ketumbar – dikiris

 

Caranya :

Perap ayam dengan bahan-bahan perap selama 30 minit,

sambil panaskan pengukus.

Kemudian kukuskan ayam perapan selama 15 hingga 20 minit. Bila ayan telah masak bidangkan dan taburkan daun bawang dan daun sup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan