Jumaat, 6 November 2020

Rahsia dan Takdir


Tetiba je teringin nak cerita, cerita diri sendiri. Eeemm... perempuan seperti aku, yang usia semakin meningkat, tetapi bujang kali kedua, bagi aku tak banyak halangan, tak tinggi mana dugaannya berbanding dengan ujian semasa dalam proses berpisah. Allahu Akhbar, hanya Tuhan sahaja yang tahu, rasanya umpama tiada siapa pun yang mampu membantu aku dalam kesulitan dan hanya mampu berserah dengan ketentuan.

Sehingga hari ini, kesendirian aku sering dipersoal. tidak berkahwin bukan kerana terlalu memilih, ya memilih kerana itu hak bagi seorang wanita agar calon yang dipilih betul-betul serius dalam hubungan. Ramai!! terlalu ramai yang mencari pasangan sebagai kekasih gelap. Antara yang menjadi sasaran adalah wanita seperti aku yang berstastus J. Terpulang pada masing-masing, pada aku, selagi kita tidak melayan, selagi itu tak akan ada apa-apa yang berlaku, tak akan orang ambil kesempatan. Simple. Kerana itu juga la aku memilih untuk tidak berkawan dengan sesiapa.

Niat kita yang ikhlas, niat yang baik, tidak sama dengan niat orang lain. Jika maklamat berbeza dimana hidup untuk keseronokkan dunia, maka aku tinggalkan. Aku tak baik, tetapi aku cuba untuk mencari kebaikan untuk diri sendiri. Biar dipandang rendah mahupun dihina kerana status. Asalkan aku tidak menyusahkan mereka yang tiada kaitan mahupun hubungan.

Hakikat dan pengalaman sendiri, masih ada yang sudi berkenalan, tetapi peratusannnya lebih ramai lelaki yang lebih muda, aku tak yakin akan kebertanggungjawapan mereka. Aku tak mintak pasangan sealim ustaz, sekaya datuk Aliff, eh!! tetiba. Tetapi yang aku mahu sikap matang, baik, penyayang dan bertanggungjawab. Apa yang lebih menakutkan bila orang nak ambil kesempatan. Ye la walaupun aku tak kaya, tak berharta, sekurang-kurangnya aku ada pendapatan. Aku tak mahu ada pasangan tetapi aku yang menanggung selaga perbelanjaan, aku hanya mahu cari pasangan yang betul2 sedia pikul tanggungjawab. Belanja bulanan, bil utiliti, yang mana ianya dibawah tanggungjawab pasangan. 

Mungkin la.... mungkin aku boleh terima jika perlu berkongsi, tetapi bagaimana layanan lelaki kepada pasangannya pula, perkahwinan yang sekejap banyak beri pengajaran dalam hidup aku. Aku tak harap bergaji besar, tak mintak emas atau perhiasan mahupun mendesak untuk berjalan kemana2. Cukup tahu laksana tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan. Selebihnya kalau ada rezeki, aku sendiri ada pendapatan, nak apa mungkin boleh usaha sendiri. 

Hakikat sebenarnya, aku tak punya jodoh lagi, Cuba usaha seperti yang dinasihatkan kawan-kawan, mak sendiri cakap dah doakan aku agar bertemu jodoh. Keadaannya masih sama, bukan tak mahu berkahwin. Kalau macam ni lebih baik, tak apa2, aku tiada dosa dengan pasangan, aku buat keputusan 100%  ditangan aku, aku bebas kemana-mana tanpa izin sesiapa, aku tidur lena sampai ke subuh kadang-kadang telajak hahahaha. Sekian. Nak jadi jodoh!! mai la email je ayu_152@yahoo.com No telefon tak boleh nyahhhh... kikikii



Tiada ulasan:

Catat Ulasan