Ahad, 14 Jun 2020

Business Kek Batik



Syukur Alhamdulillah, siapa sangka dari buat secara suka-suka tiba-tiba jadi business, dan sehingga ke hari ini, ada yang repeat order. Mula-mula aku buat memang tak senonoh, ikut dalam YouTube la. Kemudian sedikit demi sedikit aku aku perbaiki kekurangan. Kek batik ni aku buat da lama tapi bila tengok orang ada topping coklat ganache & indulgence aku pun try.





Peh!! Memang x sangka tiba-tiba macam jadi viral. Mula-mula nak rasa, dah rasa berulang-ulang mereka repeat order syukur Alhamdulillah, untuk tidak mengecewakan siapa yang order ali mesti buat, sungguh memang penat. Tapi di punya seronok Allah sahaja tau. Stock kek batik sentiasa ada untuk memastikan bila dapat order aku  terus buat, disitu juga aku da jimat tenaga tak perlu tekejar-kejar untuk membeli barang.

Sehingga hari ini Yang popular dan mendapat permintaan tinggi kek batik indulgence, ada cheese & coklat ya memang sedap la kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan