Selasa, 4 Februari 2020

Da Nasib

Aku pun tak tahu nak kata apa, seuatu yang tak dijangka. Mungkin da nasib atau teguran Allah kepada aku atas silap salah aku, atau mungkin Allah nak bagi yang lebih baik. Aku pun buat macam biasa, macam tak ada apa-apa berlaku. Nak bising-bising pun bukan boleh jadi apa pun.

Tapi itu la selepas 24 jam, aku baru rasa KENAPA? apa salah aku? aku baru rasa nak nangis, sedih, aku sebenarnya kalau ada masalah aku malas nak fikir. Buat tak de apa-apa. Aku sorang tak de kawan nak ngadu, nak cerita masalah, tak de bahu nak tumpang bersandar. segala masalah, tekanan aku hadap la sendiri, biarkan keadaan menentukan. Aku dah penat la nak rasa sedih, kecewa dan perasaan yang seangkatan dengannya. Tapi itu la selagi hidup ni selagi itu akan diuji.

Puas aku berfikir, kebelakangan ni aku hanya sebok dengan dunia aku sendiri, dengan kek batik aku. Tak ganggu pun hidup orang, apatah lagi nak berdengki. Cuma rasa tak puas hati pada officemate tu perkara biasa la. Aku tak kacau orang. orang sebuk petik-petik nama aku, hangin la aku. Aku terima sebarang arahan aku buat sendiri je. Orang dapat kerja sebok nak suruh aku. pelik la.

Memang betul kebelakangan ni aku jarang Tahajut malah dhuha pun aku da lama tak buat sejak pindah office. Tapi aku selalu bangun pagi sebelum subuh semata-mata untuk meniaga kek batik. Ada kesempatan aku tahajut dulu, tapi semakin jarang. Ke  masjid pun 2020 ni aku masih tak jejak kaki lagi. Hanya hantar asyraf solat jumaat je aku ke masjid, tapi itu la luar kawasan masjid. Dalam pada tu, aku masih x tinggal untuk sedekah sama ada duit atau makanan di office. Aku sedar, cukup sedar terlalu banyak nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada aku, syukur Alhamdulillah aku bersyukur. 

Bila jadi macam ni, aku bandingankan diri aku  dengan orang lain. Tapi sebenarnya setiap apa yang berlaku dalam hidup kita semuanya kerana kita, kita salah Allah tegur, teguran Allah dengan bermacam cara, rasa  kecewa, ditimpa sakit, kesempitan wang, rasa tak bahagia, mengalami kerugian, sering ditipu dan ada juga kehilangan barang.

Itu la sebenarnya aku hilang i-phone. Aku rasa dalam kereta, tapi cari2 tak jumpa asyraf cari pun x ada. nak kata orang curi pun x sanggup sebab aku rasa dalam kereta. andaian aku aku tak kunci kereta orang bukak kereta tak payah nak kopak2 bagai, boleh terus ambik dengan senang hati. tapi itu la sekadar andaian je. yang pasti aku dah tak ada telefon sekarang. Aku redha je, tapi berharap dapat kesan phone tu dimana? Macam -macam hal la. Memang tak dinafikan beberapa hari ni, beberapa musibah menimpa, x de la besar mana pun cuma, apa yang berlaku, memang jarang-jarang berlaku dalam hidup aku.

Tak tahu la kalau aku ditemukan dengan orang kaya kot dapat hadiah birthday hahahahaha sekian.  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan