Isnin, 16 Disember 2019

Lapor Diri


Alhamdulillah, akhirnya pertukaran suka sama suka ke KLN dapat juga. Bertukar lagi ye Aku nampaknya eemmmm.... sebenarnya Aku pun x sangka, Sebab Aku sendiri tanya person in charge, yang jaga pertukaran, dia sendiri kata tak dapat Sebab sorang nak keluar, 2 orang pulak nak masuk KLN, rupanya dia orang dah deal tukar suka sama suka KLN dengan KKMM.
Aku yang sebok masuk jarum. Tapi orang yg di KLN pun baru tau Aku nak kesana, so dia pun melobi la KLN nak  perempuan la bagai, orang di KKMM bermasalah la bla bla bla, Walhal Sebab dia nak ke tempat aku. Ya kerja di Bahagian Aku memang untung tempat yang banyak out station, banyak kelim, ada kerja sabtu ahad pun boleh datang office Sambung kerja. Tapi di unit aku sendiri, kerja pun x sudah2, memang sentiasa ada kerja, waktu rehat dan waktu solat la masa lapang, selebihnya fokus kerja,  selalu nak cepat, tiba2 meeting, tiba2 mintak itu mintak ini. Semua bukan da siap, mintak laporan baru la kene rumus, da rumus ikut negeri ubah Balik ikut tarikh. 1 kerja kene buat berkali2. Bila banyak arahan, bila kerja tak de perbincangan dan arahan bertindih jadi begitu la. Yang jadi mangsa adalah Aku hahahaha nasib la Aku ni kalau buat kerja buat betul2 walaupun Aku ni selalu nampak x serius. Eh! Cerita pasal kerja pulak.

Nak dijadikan cerita maka pertukaran ni berlaku 3 penjuru. Aku ke KLN, KLN ke KKMM, KKMM ke tempat Aku. Yang peliknya dari KKMM orang lain, x mintak tukar pun Tapi di tukarkan, dia pun terkejut dapat surat tukar. Orang yang mintak keluar tu memang ada sejarah kerja yang x memuaskan, 1 batch dengan aku, masa gred 17. Tapi tu la tu, benda da lama. Sebab tu tak Lepas nak le KLN. Di KLN pulak Aku pernah bekerja disana, sedikit sebanyak orang tau kerja Aku mcm mana hahaha




Memang ada yang ingat Aku ada cable hahaha. Sebenarnya Aku Bukan nak tukar sangat pun. Tapi da kene tukar ni. Aku pergi je la. Memandangkan surat tukar dapat 1/2 bulan awal, Aku siapkan apa yang Patut. Fail2 untuk rujukan dia orang. Semua da sattle. Ada pun yang bukan kerja Aku. Sattle semua Alhamdulillah Perkara yang lebih penting bila bertukar adalah NOTA SERAH TUGAS. Semua da sattle.

Tub2 malam2 hari terakhir Aku bertugas Pengarah pun mesej, suruh tangguh sehingga 2 January????  Hahahaa Aku x layan. Aku dah tak diperlukan. Aku blah gituw je. Malas la nak layan, menyampah pun ada dengan keadaan pejabat Sekarang ni.

Hanya kawan2 1 unit & cawangan je aku  belanjan makan. Tak sangka pulak dia orang belikan hadiah, terharunya aku. Yang lucunya, 2 hero unit Aku nak belikan kasut sebagai hadiah. Aje le pelik. Aku kata x payah, belikan tudung je, senang boleh di pakai dimana saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan