Jumaat, 9 Ogos 2019

Teman Rapat


Aku ni jenis yang tak suka berkawan sangat, tapi tak tau la macam mana boleh rapat dengan officemate sorang ni. Kami lain skim, dia PA dan aku selalu ganti tempat dia bila dia cuti. Selalu makan sama di pantry. 



Di Office ni sebenarnya macam-macam hal dan perangai jadi macam- macam juga krisis. Masing-masing memang ada krisis. Mungkin kerana itu aku rapat dengan dia walaupun kami banyak perbezaan, yang sama ada anak sorang itu pun dia anak perempuan dan Aku anak lelaki. 



Kami selalu berkongsi cerita, ye terutamanya aku, banyak bende yang aku share dengan dia sahaja. Aku ni memang spesis tak cayakan orang, jadi dengan dia je Aku cerita. Aku pun banyak dengar cerita dari dia. Selalu gelak sama Kat pantry, selalunya beramai-ramai. Ada je la lawak jenaka, selain cerita pasal isu semasa di pejabat ni. 



Dia sangat suka memberi, beri hadiah la, x de apa2 dia bagi macam-macam la. Aku pulak tak pandai macam tu. Tapi bila dia mulakan aku  pun bagi jugak, kalau p mana2 Aku ingat n belikan something untuk dia, tak mahal, tapi sesuatu yang baik. Dia sangat menghargai hubungan sebagai kawan, sedangkan aku kalau baik dengan orang Aku memang jaga huhungan, sensitivity supaya tak la kecik hati, Sebab Kak wa memang sensitif same la hahahaha. 


Tapi siapa sangka, Aku yang hantar borang tukar terlebih dahulu, dia pulak yang dapat tukar awal. Jadinya aku hilang la kawan membawang hahahaha. Dalam erti kata lain, pilihan adalah hak kita Kemana kita mahu  pergi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan