Rabu, 14 Ogos 2019

Gaduh

Hahahaha brutal kan aku. Haah boleh tahan. Aku ni malas nak gaduh-gaduh dah tua-tua ni, tapi aku geram, menyampah, dengan sorang minah kat office ni. Aku memang tak berkawan dengan dia sejak insident kerja di Perak masa 2018. huh!!! perangai molek la sangat. Sejak itu aku tak bertegur sapa, ada pun urusan kerja sahaja. Selebihnya tengok muka dengo suara memang aku tak berkenan.

Dulu bukan main menyindir aku, kisahnya kene buat laporan tahunan untuk bahagian lain, semua dapat kerja sama rata, kerja dalam bidang masing-masing. Aku pulak dapat kerja dah bagi-bagi 1 unit, terus nak buat kerja. yang dia pulak bising dengan unit dia membebel, merungut itu ini la bagai.  Ish sakit la hati orang nak buat kerja dia memekak. Aku pun sound la "dah la diam buat kije". Dia menjawab, "buat kerja la ni bincang bukan MENYANYI". Amboi sindir aku. ok fine aku senyap.

Yang tak boleh blah, kawan-kawan dia yang bertukar aku pulak yang kene perli "orang lain yang  nak tukar biar la orang lain tukar", cakap kuat2, yang jelas aku je yang ada  sebab da tengahari  dah kenapa. yang bertukar tu memang selayaknya tukar, dia orang yang mintak tukar, kalau ikut Aku, engkau2 aku tukarkan. Memang budak berdua tu bermasalah. Nak cerita macam-macam hal la peel dia orang, cuma malas nak aibkan orang.

Aku ni memang nak tukar, sebelum 2 orang tu isi borang tukar lagi, masalahnya pengarah sendiri kata, "eh tak boleh! saya tak nak lepaskan awak" "saya nak mintak tolong awak ganti tempat syima" syima tu PA dia. Soooo.... salah aku ke????? Sudah la itu, Aku ganti PA Dato’ pun orang persoalkan, Dato’ ni orang ni 2 dalam jabatan. Haaaa!!! yang kene kerja dan tambah kerja tu aku, orang lain. Pulak yang tak senang kenapa? siap memburukkan aku kononnya aku x suka buat kerja tu, Walhal aku  OK je, itu tanda orang percaya kan kira. Aku tak pernah mintak kot, Tapi kalau orang berkenan dengan aku, itu 200% bukan salah aku. Cuma yang aku pelik, dan sepatutnya Aku yang persoalkan kenapa AKU?? sedangkan orang lama ada, nak perempuan ada je ramai, anak dara, bini orang, janda jugak jadi pilihan hahahaha....

Baru-baru ni pun sama, aku duk gelak kan pegawai. Tiba-tiba dengar suara bernada perlahan, “boleh la ketawakan orang, tengok la nanti” siap ada yang nyampuk “ kita tengok je nanti” laaaaaa ketawa pun x boleh? Ada orang sakit hati???? Eemmm kedua-dua manusia  ni sangat  menjengkelkan aku dalam 1 unit tu. Kerana di orang jugak Aku tak berminat nak join program dalam  unit dia orang. Perasan bagus sangat. Sampai x boleh terima pandangan orang lain, dia saja yang betul. 

Dulu dia dah sindir aku MENYANYI. Aku fikir jugak, salah ke hina sangat ke kan. Tapi kebelakangan ni, dia pun menyanyi. Hari ni makin galak pulak, aku nak buat kerja, bukan nak dengo dia menyanyi, aku pun boleh nyanyi, nak hiburkan aku ke? Tak terhibur langsung, menyampah lagi ada. Geram punya pasal aku up status WhatsApp story dan aku tag 3 orang je. So, lepas tu petang sikit, aku dengo la dia bercakap, perasan bagus-perasan bagus. Sah dah ada yang menyampai, siap call nak cerita. siap cakap kuat-kuat tu yang tidak boleh tahan. Apa lagi aku pun saund la, memang bertegang urat la.

Dia cakap aku bidas, dia cakap aku bidas. maca-macam keluar segala yang terpendam lebih kurang setahun. Perempuan ni memang bermasalah, sejak dulu lagi yang ketara dia suka datang lambat. Mujur la sekarang ni waktu fleksibel, so datang lambat, balik pun lambat. Betapa Allah itu sangat adil. 2 orang kawan dia semasa ada pun duk nyindir2. Sepantas kilat dia mintak tukar dan di tukar kan. Alhamdulillah tenang sungguh hati Aku bila dia orang tak ada.

Kawan dia yang sorang tu, dulu memang rapat dengan aku, masa kawan dengan Aku tak ada pulak mulut tu suka menyindir. Amboi bila berkawan dengan kaki sindir perasan bagus dia pun 2x5. Memang aku syukur sangat-sangat. Lantak dia la. Aku ni malas nak layan dia, semakin galak mengata orang dan suka menyampai. Kalau dah macam tu memang x de le Aku nak layan. Aku buat hal aku. Tak campur dia orang. Tapi tak pasal cakap kuat2 apa tujuan selain menyindir. “ orang tak suka” berulang2 kali. Kalau peel anak dah ber ekor pun masih x nak berubah buat kelim tipu, bagi makan ahli keluarga macam mana la. Allahu akhbar, Walhal masa rapat dulu Aku da nasihat dah bagi tau. Lantak la masing2 bukan muda 20-an pun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan