Sabtu, 8 Jun 2019

Batik Butang Kuala Lumpur





Baju raya kedua bertemakan batik, memang sedondon dengan anak 1 kedai, tahun ni memang trending baju batik. Memang teringin sangat, berulang2 kali tengok baju corak2 batik 1 family yang ada di FB, itu yang buat jadi teruja membelinya walaupun mahal. Ya mahal dari baju yang lain. Walhal batik je kan,  tapi sesekali apa lah salahnya.

Bila dah pakai sehari2 memang rasa puas  hati dan tak menyesal beli, nak kata pepatah Alah membeli menang memakai, senang nak iron, kedut  tu biasa tapi tak ketara sangat, mungkin kualiti kainnya bagus, berpatutuan la dengan harganya. Beli di festival Ramadhan Putrajaya je, ada jugak di IG Butang.kualalumpur, baju yang digayakan ini pun ada dalam IG tu. Baju bagi wanita ada 2 design kebaya dan kurung moden.  So kebaya la yang jadi pilihan hati, baju raya yang lain semua kurung moden.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan