Ahad, 10 Disember 2017

MAPS


MAPS atau Movie Animations Park Studio ni terletak di Ipoh Perak. Ia merupakan taman tema animasi pertama di Asia. Baru dibuka kepada orang ramai Jun 2017 lalu. Taman Tema ini menjurus kepada Watak kartun Luar & dalam negara selain banyak aktiviti untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga ada.



persembahan pertama di pentas utama

kalau nak tahu inilah destinasi utama percutian saya dan sekitar Ipoh menjadi lokasi sampingan sebagai persingahan. Sebenarnya MAPS ini adalah cadangan officemate. Jadi saya terus mendapatkan maklumat serba sedikit tentang MAPS ni, sebab memang tak tahu langsung apa kebendenya. Macam biasa la kan tanya orang banyak ek okk ek okk aka tak tahu, so terpantas dihujung jari search google la. Dapat la tahu serba sedikit tentang MAPS ni, selain melihat gambar-gambar yang menarik yang ada di MAPS tu. 

Saya call jugak MAPS ni, nak tahu tiket dan sebarang kemusyikal. Setelah berpuas hati baru saya putuskan untuk ke sini. Dengan mencatit sebagai kos WAJIB yang perlu disediakan bagi melancarkan percutian yang dirancang.



OK bab ni memang orang berkira sikit. Kalau nak tahu harga tiket bagi dewasa RM 148 manakala kanak-kanak dan warga emas RM 117. Sekarang Ada offer untuk 5 orang berharga RM550. Memang mahal pada khemah saya, bila officemate tanya pun memang dia orang kata begitu. 1 perkara nak pesan Jangan lupa bawa Kad pengenalan kerana disini diperlukan semasa membeli tiket. 


Saya datang awal, sebelum jam 10.00 pagi, dan untungnya datang pada cuti sekolah ialah ia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam 12 jam, berbeza dengan hari bekerja, buka 10 pagi hingga 6 petang. Memang berkampung la dalam tu, dan berbaloi dengan harganya bukan hahaha... memang la berkira mahai tu..


Tapi kalau tak nak rugi macam saya, pergi la ke semua tempat dulu, jadi apa-apa aktiviti disetiap zone kita akan tahu kerana masanya berbeza jadi bila dah tahu jam berapa live show nya. Sementara menunggu boleh la main aktiviti out door dulu. Saya terkilan masa pergi sini saya ke game out door dulu, jadi 1 zone saya terlepas untuk live show. 



Saya teruja nak ke sini kerana pelbagai aktiviti @ game yang mencabar keberanian yang mendebarkan jantung seperti roller coaster, space shuttle dan sebagainya memang minat saya, itu yang saya nanti-nantikan. Sayangnya tempat ini iaitu Dream Zone masih belum dibuka teramat sedih tau kerana sedia maklum tiket masuk dah la mahal malah ke tempat seperti ini bagi Saya cukup sekali seumur hidup. Setakat ini parking masih percuma.

nak tahu lanjut boleh la layari website maps ini untuk maklumat lanjut, sekian terima kasih 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan