Isnin, 16 Oktober 2017

Jalan Impian


Tak pasti dimana silap, apa salahnya aku, setiap yang datang pasti akan pargi. Dalam langkah demi langkah aku cuba perbaiki diri. Menjauhan diri  dari mereka yang tidak memberi erti. Mencari dan mencari insan lain sebagai penganti. Tetapi nasib kekal tidak menyebelahi. Perasaan ini senantiasa diuji.

Ye mungkin aku yang terburu-buru dalam membuat keputusan, sehingga kini ramai yang telah aku singkirkan. Namun setiap apa yang telah aku putuskan ada alasan bahawa mereka bukan pilihan yang terbaik, kerana niat yang serong seseorang, kerana tidak menghormati pendirian aku sebagai wanita, kurang agama dan tidak tahu akan tanggungjawab membuatkan aku berubah hati, bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal terputus la cinta hahahaha.

Malah hati semakin tawar dengan keadaan yang berlaku. Namun tidak aku sangkal kehadiran mereka serba sedikit memberi kegembiraan dalam mengisi perjalanan hidup aku yang kurang, walaupun dalam jangka masa yang singkat. Tidak sesekali aku membenci apalagi mahu berdendam hanya ingin memiliki apa yang aku idamkan. Bukan rupa dan harta yang aku harapkan tetapi rasa tanggungjawab dalam menempuhi masa akan datang.

Tapi apakan daya terasa lelah mengharap sesuatu yang tak pasti. Pedih memadam rasa kecewa berulang kali yang tiada penawarnya sehingga kini. Betapa sukarnya untuk mendidik diri agar tidak mencuba lagi, walau hati berbelah bahagi. Malah betapa sukarnya untuk meyakini setiap yang datang itu agar terus kekal di hati.

Aku tidak mengharapkan sesuatu yang terbaik, namun belum ada kebaikan untuk aku disitu. Atau begini lebih baik, demi kehidupan yang lebih tenang. Tanpa rasa tekanan, curiga, sengketa dan sebagainya. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan hidup ini, dan memberikan sinar dari pelbagai sudut agar aku mampu terus tersenyum berdiri walau masih sendiri.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan