Ahad, 17 September 2017

Tugas Sementara

Sekembalinya aku ke jabatan semula mengimpikan tugas yang santai-santai, tidak berminat untuk menonjol, tak mahu dikenali sangat, malah ingin berehat dari kepenatan yang pernah aku lalui dalam menjalankan tugas.

Tapi aku tetap dengan cara aku, ada masa aku kemas pantry, cuci pinggan, membantu kawan yang dulu sorang-sorang mengemasnya. ye, memang kerja suka rela, makanya tak ramai yang berminat untuk buat kerja suka rela ni. Tapi aku buat kerana banyak masa lapang. Tidak seperti sebelum-sebelum ni.

Kerana itu adakalanya aku memasak, mereka merasa jugak ubi rebus cicah sambal hijau, pernah juga aku buat sarbat tapai, kek batik malah yang lebih popular adalah daging deng deng mek da. Sampai ke pejabat TKSU bungkus, aka arahan bos hehehe..

Ceh!!! mukadimahnya panjang berjela. tajuk ceritanya lain. Makanya selain tugas-tugas itu, aku juga ada tugas lain iaitu mengantikan PA pengarah pada mulanya, itu pun sebab pengarah mintak tolong, dia pun bos aku jugak dulu masa di johor.

Bermula dari situ, aku jadi PA TKP pulak, sebenarnya aku tak terfikir pun, tak mintah pun, tetapi bila diarahkan makanya aku buat la. Memang banyak masa lapang so, apa salahnya membantu. Sedikit sebanyak aku belajar. Jadi PA pengarah dan TKP bukan sekali, bila PA2 tu cuti aku di suruh ganti. Da biasa dan dah tahu apa nak buat, jadi tak de masalah.

Tapi Sakit jugak hati, bila officer sound duduk tempat PA x de kerja. Dia tak tahu berapa banyak surat masuk, nak rekod, selepas diminit kene photostat kemudian surat original di tempatkan di tray yang disediakan untuk difailkan manakala yang photostat diedarkan kepada pegawai, kalau 1 surat tu diminit 4 orang maka 4 orang itu akan diberikan surat yang telah siap diphotostat. Siapa yang buat @ edarkan semua tu? aku la. Nampak kan macam senang tapi  orang tak tahu, aku buat kerja bukan nak menunjuk kat semua orang. Konsep kerja aku buat kije yang penting siap, nak-nak bila ganti tempat orang.

Makanya aku seperti biasa mengganti PA TKP kerana cuti anak axem. Aku pun buat kerja macam biasa. Memang ada beza sikit, dan kali ini busy sikit kerana KP menunaikan Haji. Makanya TKP memangku, jadi segala surat turun kepada TKP, seperti biasa selepas bos minit, photostat dan edar. Cumanya disini aku perlu tengok email yang mana berkaitan mesyuarat @ minit mesyuarat aku akan print dan bainding untuk dia bawa ke mesyuarat.



Bukan setakat itu je, sarapan aku siapkan beli kat cafe je hanya air aku bancuhkan, agak pening jugak sebab aku tak study dia suka makan apa, dia makan pun x banyak dan tak tahan pedas. Ah sudah aku curah sambal sebanyak-banyaknya kikikiki.. Nasib baik dia tak marah.

Tak sangka pulak, PA TKP kak wawa gelarannya bagi sauviner kat aku, sepasang baju elar. Aku ni kalau buat kerja bukan nak apa-apa sangat. Tapi kalau nak tahu aku nak belajar dan ambik pengalaman. 

Apa pun tugas, aku memang suka belajar kalau aku tak tahu, dan sebenarnya aku ni jenis cepat bosan dengan tugas. Jadi tugas apa pun aku layan je. Memang ramai yang biasa mintak tolong dengan aku. Aku kan tak de kerja macam orang lain. Aku kan bukan orang penting. Tapi aku ni orang dapur. Pengarah nak makan jemput-jemput suruh aku masak. Order Air teh bagai.... macam-macam. Itu pun ada orang macam menyindir dia tak denya nak buat apa-apa kat bos2, dia layan laki dia je. Dalam hati aku, aku tengah free apa salahnya bukan layan apa pun sekadar buat air dan jemput2 je pun. 

kalau tau aku buat macam tu, kalau ada laki rasanya aku layan macam mana, mesti le lebih dari tu. Cuma malas je nak cakap banyak, orang nak cakap nak kata silakan. kurang-kurang aku dapat pahala.

Mula-mula aku ganti PA TKP pun ada orang siasat, kenapa pulak aku ganti PA. ini pun sebenarnya permintaan dari TKP sendiri, PA pun x berani nak petik2 nama orang. 

Nampak tak, aku ni tak suka menonjol tapi itu la macam ni la keadaaanya. sekian.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan