Isnin, 31 Julai 2017

Sendiri


Kecewa tu bukan kita minta bukan kita mahu, malah kalau boleh tak ingin merasa kecewa dimana didalamnya terkandung luka, duka, sedih pedih dan nestapa malah lebih dari itu. Yee.. tak salah mencuba dan usaha, tetapi sejauh mana hubungan itu boleh pergi kalau jodohnya tiada.

Aku....... aku dah lama tahu malah mengerti bahawa setiap hubungan yang terputus bererti tiada jodohnya. Setiap yang berlaku itu ada pengalaman dan pengajarannya. Namun sejauh mana orang boleh menerimanya, redha akan kehendakNya. 

Aku manusia biasa sama juga punya hati dan perasaan, sakit pedihnya hati ini tuhan saje yang tahu. Tidak aku salahkan sesiapa, tidak sesekali aku menidakkan takdir yang tidak menjadi buat aku. Jatuh bangun silih berganti, sampai kini aku rasa lebih baik sendiri.

Aku redha andai hati terkecewa, tapi aku sendiri pun tak sanggup untuk terus mengecewakan hati yang mengharap dan akhirnya hampa. Sukar untuk memahamkan orang akan pendirian kita, tetapi bila disingirkan, semuanya akan jadi kesalahan pada kita. Bukan sukar untuk menilai yang mana halal yang mana haram, tetapi itu yang jadi masalah dalam hubungan.

Tak ada manusia yang tak mengimpikan pasangan, tetapi bukan mudah memiliki pasangan yang tahu tanggungjawab, tahu hukum agama, tahu peranannya sebelum dan selepas berkahwin. Mungkin lebih baik  aku sendiri, tiada lagi dosa bersama lelaki, walaupun sekadar berpimpin tangan. Tak perlu nak menjaga hati sesiapa, tak perlu pedulikan sesiapa. Memadai jalani hidup ini dengan kerja dan hobi yang menghiburkan hati. 

Apa yang aku tahu, aku hanya ingin mencari redha Ilahi, ingin perbaiki diri agar lebih baik dari dulu, menambah amalan apa yang termampu. Kasih sayang manusia boleh datang dan pergi, malah kadang kala sayang sekadar ungkapan. Namun kasihnya pencipta terhadap hambanya kekal abadi andai kita sentiasa mengabdikan diri demi memiliki redha ihali. 

Hidup ini tak lama, mati tak kira usia, jadi cukup aku katakan "Aku redha, berserah dan pasrah akan segala ketentuannya". 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan