Rabu, 15 Februari 2017

Hari Tuek Ku

Alhamdulillah, berubah tahun bertambah usiaku, Syukur Ya Allah, atas kesihatan, rezeki dan semuanya yang telah dikurniakan, dirasai, dinikmati, dimiliki, semoga hari-hari mendatang akan terus bertambah rezekiMu yang tak terduga untuk HampaMu yang hina ini.


Seperti biasa dan seperti insan lain, aku juga ada keinginan, tak ada yang terlalu istimewa hanya sekadar ingin memiliki mesin jahit, agar aku kembangkan kebolehan selain mengharap agar ada rezeki disebaliknya. In Shaa Allah, mudah-mudahan, niat yang betul untuk menambah pendapatan dari hoby yang tertangguh ini akan diizinkan olehNya, Amin... Aku yakin setiap niat yang baik akan mendatangkan kebaikan juga, hanya cepat lambat je.

Selain itu, hanya fokus dengan amalan-almalan sunat, In shaa Allah, jika tahun lepas aku sentiasa busy, tahun ini dilapangkan. Boleh la teruskan puasa sunat yang telah dilkasanakan sejak awal perkahwinan yang dulu, rawatib yang bermula 2015, ke masjid sekurang-kurangnya seminggu sekali. Makanya tahun ni, aku berniah untuk Tahajut Cinta padaNya. In shaa Allah aku harap dapat istiqamah dengan semuanya.

Iklan....


OK masa untuk membalas, bukan balas dendam, membidas ayat orang yang tengah "sakit hati" Aku rasa lucu sangat dengan ayat dalam bulatan tu, TUHAN TUNJUK PERANGAI SEBENAR??????? Ke masjid? puasa? Terawih? perbuatan hina ke???? Aku bukan kata aku ke Pub, beromen dengan jantan ke, mengikis duit jantan ke, atau berpakaian membuka aurat dan sebagainya...Allah huakbar taakkkkk.

Kalau pun, malaikat tak catitkan amalan itu sebagai pahala, sekurang-kurangnya aku melatih diri untuk ke rumah Allah, aku mendidik anak aku juga, supaya bila besar nanti dia biasa ke rumah Allah, aku tak ada suami, jadi itu tanggungjawab aku. Malah apa yang aku lakukan ini dengan rasa rela hati, ikhlas lillahhitaala.... Keseronokkan itu, dan ketenangan yang aku rasai hanya tuhan je yang tahu, orang lain seperti dia memang tak ada lain selain berburuk sangka.

Berapa ramai wanita terutamanya isteri orang dengan rela hati ingin ke Masjid, sama ada diajak suami atau mengajak suami. Bukan semua perempuan nak ke Masjid, Tak perlu cakap orang lain. Aku sendiri memang tak ke Masjid sebelum ke Putrajaya. dek kerana tak biasa, tak biasa, rasa janggal, malah tak dibiasakan ke rumah Allah, sebab aku anak perempuan.  Tapi bila Allah beri taufik dan hidayahNya kepada hamba yang dikehendakiNya, dan jika aku salah seorang daripadanya. Ini semua kehendak tuhan laaaaa... Aku nak tanya jugak??? bini kesayangan dia tu selalu ke masjid tak??? kalau tak duk la diam2 sebab... eemmm... tak pe la tak baik buruk sangka.

Aku bercerita disini sekadar berkongsi, aku pun tak tahu siapa yang membaca blog ini, cuma yang aku boleh tahu, berapa ramai yang membaca post di sini, jika 10 orang pembaca, tapi 1 orang baca 3 kali, bererti hanya 7 orang sahaja yang membacanya. Faham ke tidak???

1 lagi share yang baik2 supaya orang lain boleh fikir, tak semua janda tu jahat sangat, mengganggu laki orang ke apa, tapi tapi laki orang yang terhegeh-hegeh nak janda jahat macam aku ni, kalau da aku aku ni ahli neraka kenapa NAK AKU. Malah dari kisah hidup orang lain juga, manusia boleh membuka mata orang lain untuk jadi tauladan, yang baik dicontohi, yang buruk dijauhi.


Akhirnya sebagau penutup, urusan hidup ini aku sekadar berserah kepada takdir, redha dengan apa jua ketentuannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan