Sabtu, 4 Februari 2017

Hujung Cerita


Eeemmm.... aku ni ntah apa yang merasuk hampir semuanya tak kene, semuanya nak terasa, semuanya tak peduli, semuanya tak ada makna, dan akhirnya semuanya aku lepaskan pergi. Itu lah aku, peluang dah aku berikan bukan sekali dua, tapi kalau mengharap lebih dari itu memang aku sendiri tak mampu memaksa diri sendiri.

Peluang terakhir aku berikan untuk dihargai dan dijaga hubungan ini supaya tak terputus di tengah jalan. Aku hargai penantian dia selama 4 tahun setelah beberapa kali terputus kerana sikapnya sendiri. Bukan masanya untuk pertikaikan perasaan aku, memang aku tak sayang, namun dalam diam aku sedang cuba terima semuanya dengan redha tanpa aku pertikaikan kekurangan dan kelemahannya.

Mengapa masih bertanya soal hati dan perasaan aku. Tak cukupkah bila aku jelaskan aku terima semuanya kerana menganggap ini jodoh. Aku sedar dia sirius dan ikhlas malah memendam rasa sejak pertama kali bertemu, itu pun semasa aku sedang bertugas, itulah pertama kali tiada keduanya untuk bertemu. Sampaikan ada yang buat fitnah aku berkawan dengan ramai lelaki dan berjumpa dan berdosa, aku telan je pahitnya.

Aku terima kerana niat dan hatinya yang tak berubah terhadap aku sekian lama, kerana itu aku terima, ya, aku perlukan orang yang sayangkan aku. Tak aku nafikan perasaan aku berbeza, kerana dia bukanlah pujaan hati aku. Tetapi aku dah redha jika dia orangnya. Apa yang penting dia mesti lebih sayangkan aku berbanding aku. Dia pun sedia maklum.

Masa aku kenal dia pun dia ingat aku ni anak dara. Bila kantoi dia ternampak gambar asyraaf aku pun cakap la. Itu pun tak percaya pada mulanya, tapi dia still boleh terima, dah salah satu sebab dia suka sebab rupa juga, cantik dimata dia. Orang lain yang membaca nak kata tak cantik ke, cantik biasa2 ke rupa beruk ke aku tak kisah OK. Nak tengok ke mesej dari dia... tak pe la, tak perlu tegakkan benang yang basah.. gituwww....

Siapa tak suka kalau diri disayangai, dia yang tak tahu bahawa setiap apa yang dia terus terang kepada aku, aku hargai cuma aku tak tunjuk dan belum masanya aku nak tunjuk. Aku memang suka memendam rasa, namun bukan bererti aku tak peduli. Dek kerana tak tahan kritikan teman-teman, aku dipersalahkan.




Kawan dia tegur, "Mesej 10 , 1 baru aku jawab" "Tak pernah call",yup, memang tak pernah call pun tapi mesej, aku belek semula mesej2 dengan dia, bukan dia tanya 1 aku jawab 10 ke??? Memang aku tak call, memang aku takkan mesej, kalau bukan dia yang mulakan dulu. Aku memang macam tu aku sanggup tunggu dia mesej dulu, tau tak bila kita mesej orang dan orang tak balas, atau beberapa hari baru nak balas, sedih!! terasa betapa tak pentingnya aku, tapi aku tak marah, cuma makan hati pendam rasa sendiri. Lagi pun aku tau dia bekerja dan aku pun bekerja, aku tak marah pun. Tapi tu  la bila dia luah rasa tak puas hati pada aku. Aku terima je la. Itu yang sebenarnya terbuku dihati nak dia lepaskan eemm....

Dia pun kalau mesej malam-malam buta, aku pun dah membuta, call tak berjawab, macam mana nak angkat kalau tak dengar, phone kat bilik aku kat dapur. Aku di rumah walaupun tak kemana-mana aku ada kerja yang aku nak buat. Itu pun aku up date kat dia apa yang aku buat dengan harapan dia faham. Rupanya tak cukup bagi dia. Aku akan call  dan mesej kalau ada hal penting. Semua lelaki yang kenal aku memang macam ni la aku. Aku tak salahkan dia kalau dia tak faham.

Cuma macam-macam pulak pertikaian yang dia timbulkan, aku tak pedulikan dia, aku tak layan dia seperti perempuan lain, ooooo..... nak layan macam mana??? "tak boleh bergurau?" dah sampai fikir lepas kawin pun macam tu, dingin je dengan dia. Aku bersikap macam tu kerana nak mengelakkan dari bergaduh, aku dengan dia ni PANAS, memang ada je tak kene, kadang tu salah faham, jadi gaduh... dia pun sama cuba mengelak dari bergaduh, bila bermesej keadaan mula tegang macam nak gaduh, sungguh memang nampak dia sayang hubungan ini, dan takut tak jadi.

Cuma yang aku pelik dia terlalu merendah diri, sikit-sikit "i sedar siapa diri i. Eeemmm... tak pasti kenapa, cuma aku ingat-ingat lupa dia memang ada kekurangan. Cuma tak pe la dah tak jadi pun. Ya, dia memang susah nak kenal dengan aku nak kawan dengan aku, macam-macam syarat aku bagi. Tapi syarat ni, sama je dengan mana-mana lelaki yang nak sirius dengan aku. Dia terima semuanya. Tapi ye la, belum dapat kan. Wajib setuju, kalau tak kawan pun tak dapat hahaha...


 Aku tak tau apa lagi kawan dia racun kan fikiran dia. Sudah la, aku memang tak mampu la nak jawab. Apa yang pasti, sesiapa pun lelaki yang jadi suami aku yang sah, maka dialah yang akan aku layan sebaiknya dan dengan dia jugak la tempat aku bergurau senda, takut dia je yang tak telayankan aku!!! Haaa... gerammm... Cuma aku tak menjanjikan yang terbaik, aku cuba jadi yang terbaik. Nak dapatkan aku memang macam susah, tapi kalau faham tak ada masalah.

Satu perkara yang buat aku marah sangat kat dia, dia suruh aku belikan sport shoes, 1st memang aku ke sana jalan-jalan, saiz x de aku balik. lepas tu dia suruh jugak belikan, adoi hai!! ini dah di kira paksa rela, 2nd ke sana tutup pulak, dah tu siap kene tahan polis trafik, lesen kat pejabat pulak, aku bawak PAS PELAWAT, boleh pulak tunjuk kat polis tu, aku bagi lesen lama, dia call ibu pejabat, nasib baik lesen mati 2018 OK.

Apa la nasib kan. 3rd baru lah ada, perjalanan lebih 30KM kalau dah pergi dan balik X 2 dah berapa KM. Dah tu nak kene pos, patah balik sebab kene balut, Ya, Allah memang sakit hati aku. Kalau kau tu suruh beli kau bagi duit sekali tak pe tau aku boleh je tolong. Sudahnya sampai sekarang dia tak bayar pun duit aku. Tak ke kurang ajoooo namanya. Itu pasal la aku "DINGIN'  ada sebabnya dah ko umur pun dah 3 sirius pun x faham2 bila orang menuntut hak sendiri, sampaikan kene langgar, tu namanya kedolat.

Yang sebenarnya kami saling tak mengenali rapat, tak pernah pun berjumpa, mana nak tau sikap dan atitut satu sama lain. Kisahnya dia ni pun berkenan dengan aku semasa program jabatan, aku jaga negeri kedah dengan penang tak silap, so pendaftaran dia orang aku berdua dengan kerani uruskan, egitu juga kawan-kawan yang lain di hotel yang berlainan.


Disini bermulanya sebuah cerita 

Mana nak tau yang dia berkenan dengan aku, tiba-tiba mintak no phone, huh!!! berdolak dalih jugak aku, pada mulanya. Sudahnya bagi la jugak. Sebelum ke lokasi program. Sempat jugak bergambar berdua, Adoi!!!! dia ni kan. Orangnya good looking, cuma bukan teste aku kan hahaha. Aku memang memilih sebabtu sampai sekarang tak kawin2. Tetapi harus di ingat, tak kawin sebab jodohnya belum sampai. Jodoh itu bila sah sebagai pasangan suami isteri. Maknanya dia juga bukan jodoh aku.

Cuma sekarang aku tertanya-tanya apa sebenarnya perasaan aku pada dia, selepas aku sendiri memutuskan untuk berundur. Dia pun senyap je, tapi yang pasti kali ni aku menangis... eeemmmm.... sebenarnya ini yang aku tak ingin. Tak pe la redha je. Sememangnya sendiri lebih baik, tak perlu nak jaga hati sesiapa tak perlu faham sesiapa. Mungkin sendiri lebih baik untuk aku.

Aku redha, kalau ketentuanNya begini, aku telah melalui pelbagai fasa. Jadi aku harus terima semuanya, berlapang dada, bukan tak cuba atau tiada usaha tapi hujungnya tak sampai kemana. Ye, bila berdua perlu menjaga hati yang kita sendiri tak mampu nak baca, tetapi bila sendiri tak ada apa yang perlu dijaga. Luka tiba masa sembuh juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan