Khamis, 1 Disember 2016

Bilik Roomate




Aku pun tak pasti dengan keputusan aku untuk sewakan bilik di rumah aku. Mula-mula aku cadang untuk tumpangkan je. So boleh duduk di bilik tetamu, tapi bila panjang cerita dia macam beriya nak duduk rumah aku. Makanya aku terpaksa la terima.

Bukan apa kesian kerana dia memang tak biasa dengan Putrajaya, sungguh aku dulu pun macam tu, tanya jugak kawan2 yang tinggal di Putrajaya tapi macam tak sudi nak pelawa kita. Makanya aku cari la bilik sewa di internet. Gamble je dengan keputusan tak pasti, aku datang Putrajaya bawak beg besar. Mujur dia kata boleh terus masuk, Alhamdulillah.



Mula-mula dia tanya ingat nak terus masuk. Kelam kabut siapkan bilik tu, bukan setakat mengemas je tau, aku terpaksa keluar duit untuk beli tilam dan katil, mujur la ada modal kan, cari yang murah-murah je, itu je yang aku mampu, aku pun nak kene simpan duit jugak.


Selebihnya guna la apa yang ada dalam bilik tu nak beli barang lain guna duit sendiri la. Terpulang pada dia tak nak barang yang ada akan aku keluarkan dari bilik tu, tu je la. Bantal pun gunakan apa yang ada. Kebetulan rumah aku banyak bantal, tapi tak de le nak bagi bantal yang baru beli, sebab bantal tu pu nmenyakitkan kepala bhahaha... mak aku tidur sampai x berbantal, kesian tengokkan.

Yang jadi binggong sekarang ni, bulan-bulan nak bayar berapa, itu pun aku tak cakap lagi. Dia pun tak tanya. Memang la sewa bilik, tapi selain bilik, ruang tamu dapur dan laundry room pun adalah kongsi. 1 bilik memang aku da cakap untuk tetamu. Lain-lain tempat sharing la..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan