Isnin, 12 Disember 2016

Bekas Sampah



Bila kerajaan  mewajibkan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara berperingkat mulai 1 September 2015 dulu. Makanya dari situ timbul untuk buat pengasingan dirumah sendiri. Orang kata baru nak start kan so gunakan apa yang ada sebagai bekas, tong sampah dibilik kosong dan baldi menjadi mangsanya. Bila da penuh baru buang.

Tapi buruknya keadaanya, dan masalah lain pun ada sebab bawah singki ni selalu basah dek air dari atas aka singki. Mula le servay bekas2 yang boleh dibuat ganti. Memang tak tipu mahai la wei bekas2 yang aku berkenan. Semestinya warna hijau.

Makanya balik raya aku pun singgah di Bilion Bangi, alhamdulillah ada boleh la antara yang termurah RM 25 aku beli 5. Mahalkan!!! tak pe la kira beli 1 off je jaga baik2 in shaa Allah tahan lama. Ada jugak RM 20 saiz yang sama macam yang aku beli ni tapi warna hijau tak cukup, warna jingga pulak yang banyak. Bukan apa lagi kemas berbanding dulunya. Jadinya Kabinet di bawah singki penuh dengan tong sampah atau bekas sampah aku sahaja.


1 masalah jugak bila bekas sama ni tau. Walaupun rumah sendiri bukannya aku ingat ketas tang mana, asyik salah bukak je hehehe, makanya buat la tagging, selesai masalah. Nah!!!! orang kata cakap je tak cukup kan!! bukti bergambar aku sediakan. Bhahahahaha macam buat report kat office le pulak. BIla bekas besar makanya banyak la sampah. Botol atau tin aku akan bersihkan dulu sebelum masuk dalam box ni, takut berbau sebab nak buang tunggu penuh.



Sebenarnya rumah aku ni memang banyak bakul sampah, memang memerlukan modal, tapi bukan beli sekali gus. So tak de masalah, sekarang semua bilik dengan bilik air, hall dan dapur ada bakul atau bekas sampah maing-masing so tak gaduh malas nak buang sampah bagai. Asyraaf pun dari kecik aku dah ajar sampah buang dalam bakul. Alhamdulillah sekarang tak payah ajar. Kalau kat luar rumah pun dia akan cari tong sampah. Tak jumpa aku suruh simpan dulu, kadang sampah bawak balik rumah, apa guna ada box yang comel macam aku tu kan. So gunakan la.




Tapi yang jadi ratu adalah tong sampah aku yang santik ni, ada cover, aku letakkan di hall, so nampak la molek. Kalau telanjang kan tak molek duk tengah-tengah rumah. Macam orang jugak mana molek kalau telanjang cuma berbaju kan cantik. gituww......

Alhamdulillah, angan-angan aku jadi kenyataan, kan seronok. memang memudahkan. bila buang sampah hanya buang sisa makanan je, dan kebiasaannya aku buang sampah waktu malam. Biasa la tak nak terserempak dengan orang. Tapi ada jugak terserempak. Kadang balik kije aku p buang sampah, sebab aku ni kalau da masuk rumah malas nak keluar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan