Khamis, 10 November 2016

Manja v/s Garang


Tak sangka ada juga yang kata aku manja, agak terkejut Sekejap. Melekek aku ketawa sesorang da la ketawa macam Pontianak dibam-dibam aaaahahahahaa.

Aku cuba fikir tang mana yang manja. Aku katakan kawan dia, aku yang terkena, Saje dengki bila pulak aku manja dengan dia kan, memang pulak katanya... hahahaha Nak kata Kenal sangat pun tidak jugak tapi tu la manjaaaaa la sangat, tak tau aku macam singa betina, tak tau lagi betapa petirnya suara aku, tapi tak pe la itu persepsi orang terhadap aku. 

Sebenarnya itu memang sifat semula jadi ada pada diri aku sejak dulu lagi, normal la perempuan kan, anak bungsu lagi. Lagi-lagi kalau dengan sesama perempuan, ye la mencuit, bersentuhan dan bergurau tak ada batas,  itu dengan perempuan. Cumanya kadang-kala aku tak perasan nada suara aku  ni memang ada manja, ada orang yang tegur sifat aku ni, macam tak sesuai kot. Entah la orang tak suka kot, jadi perlahan-lahan aku cuma ubah. Abah Asyraaf pun cakap aku manja, masa muka-muka kawin la. Lama-lama serupa Singa betina. 

Ada juga yang tegur aku cakap berlagu, aku pun tak tau berlagu tu macam mana, ada tak macam lagu esabella hehe. Dari masa ke semasa aku ubah Dan buang sifat tu sikit-sikit. Cuma kadang kala memang tak perasan Dan terlepas juga.

Cuma sekarang ni lebih matang la, umur pun da meningkat. Lagi pun hidup sendiri tak de sape nak layankan manja ke ngada2, perlu lebih tabah, berdiri di kaki sendiri dan Alhamdulillah aku mampu berdikari. Usaha untuk buat apa pun sendiri. Cuma mengharap sentiasa dilindungiNya, kerana kadang kala aku tak daya, tapi aku tempuh juga demi kelangsungan hidup. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan