Ahad, 2 Oktober 2016

selesai 1 Masalah



Umpama selesai hutang personal loan gamaknya. Semua barang dia telah selamat dipulangkan. Memang banyak, tapi tak 1 pun aku mintak. Sebab tu dia marah sangat kat aku sebab cinta tak dibalas sewajarnya kwang.. kwang... kwang...


Aku dari putrajaya ke tangkak ambik barang2 ni semua siap snap pic lagi kikiki.... aka tinggal kenangan gitu. Terus gerak ke Felda Sri Jaya bersama anak buah aku.

Sesampai di felda aku tanya rumah mak niah kat mana? Orang tak kenal ler.... bapak dia pun orang tak berapa kenal, ada 2 orang nama sama katanya. Adoi anaknya cakap mcm fofular'sss sangat le pulak. Mak aku lagi popular masuk padang lerek 2 tu tanya le rumah mak ndak @ mak ndak yah kat mana... yang bukan anak sedara dia pun panggil mak ndah jugak hahahaha.

Aku da tukar phone ke tab. Baru beli so tak cerdik lagi nak guna. Tanya la orang kat kedai runcit, tak kenal jugak, nasib baik ada budak tu tolong tanya kat warong sebelah, ada pulak suruh aku tanya, kat situ semua lelaki maluuuuuu.....

Ada le budak yang tau dan tunjukkan jalan, da betul le tu, dia pun pernah tunjuk gambar rumah dia, ada pondok kecil, warna rumah pun tak tukar. Tapi rumah tak ada orang. Tanya orang sebelah, keluar katanya.

Yang lebih aku terkujat bila dia cakap keluar dengan jaah ke jajah ke. Aku tercengang ingatkan akak dia rupanya dia. Peh!!!! Binawe punya jantan, memang dasar jantan penipu. Dia bagi tau member dia tak cuti sampai hujung tahun. Tak caya aku bukan kaki kencing macam dia aku sertakan mesej dari kawan KAMI ....


So bersangka baik je la, anggap le dia balik tu nak pinang anak orang, tahun depan nak kawin da!!!! Alhamdulillah tercapai hasrat dia. Tapi nak kawin tak ya jemput aku. Hahahahah.... macam le dia nak  jemput kan..... Kelako da ada bini pun ada hati nak bertunang bagai ngalahkan bujang... ceh!!! Termengutuk le pulak ahahaha... 

Nasib baik anak buah aku OK je nak tunggu, nak patah balik bukan dekat, hati aku ni berbara jugak, mungkin peel dia ni memeng suka menipu dan menipu ni mungkin perkara biasa bagi dia huh!!! Tak sabo aku tunggu dia, dasar penipu.

Aku duk ngeteh kat warong rela, yang 1st aku tanya tuan rumah dia pun tak kenal. Satu persatu aku perhatikan kereta masuk, sampai la kereta dia lalu, jeng jeng jeng.... jangan ingat aku tak kenal, aku rasa dia pun perasan kereta aku tepi jalan, warna hijau tu jarang2 ditemui ye... haha tak perasan pun tak pe aku sikit tak kecik hati. 

Aku pun terus gerak ke rumah dia, dia n bapak dia angkat barang dapur masuk kereta sorong. Bapak dia perhatikan aku seh!!  Aku senyum je, kecut perut muka garang, tapi bapak dia hensem le jugak berbanding dia kikikiki. Dia pun masam je. Nape takut? Terkejut? 

Macam nak halau aku balik je, ternampak le jugak bini dia hahahaha..... tinggi dan berisi persis sepupu depan rumah aku si hawa. Aku yakin dan percaya bini dia tak tau pasal laki dia dengan aku. So nasib la dia jawab dengan bapak dan bini dia. Apa nak risau tak jadi pun kan. Aku datang bukan nak paksa dia kawin dengan aku tapi nak pulang barang yang dia bagi je. Tak caya nah baca mesej di bawah...




Dia jugak suruh pulang pada mak dia, tapi mak dia pun aku tak nampak, tub2 anak dia ada pulak, edeh!!! Tak pe la, sekurang-kurangnya dia tengok sendiri dan aku kotakan apa yang aku kata, bukan macam dia penipu. 

Aku sempat wish birthday dia, tak silap 01 Oktober kot, senyum pulak dia "eh tak la" ngada2 geli aku hahaha. Aku pun satu buat macam tak de apa2 je, walhal orang tu bengkek dengan aku. Aku tak membenci atau memusuhi dia, cuma dia suami orang tak perlu ada apa-apa hubungan. Itu prinsip aku. 

Ni ha barang yang pernah jadi milik sementara aku, makanya selesai lah segala urusan aku dengan dia dan mampu menarik nafas panjang. Semoga ini jadi episod terakhir cerita antara aku dan dia. 

Dalam banyak2 yang dia beri note 5 ni yang aku sayang........


ipad ni aku tak guna pun bila dia da mintak.

Aku terus tak pakai perfume ni bila dia cakap tak halal la bagai.....

Baju abaya yang kononya nak buat baru raya aku sempat basuh je lepas tu simpan balik

Nampak tu semua dia bagi aku, bayangkan apa perasaan bini dia kalau dia tengok laki dia bagi macam2 pada perempuan yang belum pun jadi isteri dengan note 5 lagi.


Aku suka jugak selimut tu sebab hijau, ini pun da basuh tapi kene bungkus jugak akhirnya.

Bila orang kata tak halalkan maka makanan lagi la bahaya kan, so plastik pun aku tak bukak lagi, ambik la balik aku pun tak nak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan