Rabu, 10 Ogos 2016

Teman Baru

Makan Pizza Hut dengan kawan tahfiz Asyraaf 

Siapa sangkakan, ini dikatakan rezeki, atau murah rezeki kot. Dah lama mengidam, akhirnya dapat jugak. Niatnya nak jalan-jalan je. Maklum le bawak si bujang senang outting, bukan senang ibu dia ada masa macam ni. Dia nak ke Giant, Pergi la.


Dalam jalan-jalan dalam giant aku tekejut, mak aiiii teddy Bear besarnya, makkkk aaaiiiii lagi.... murahnya. RM 49.90 je.... Tau tak berapa harga sebesar ini. Seratus lebih terrr. Apa lagi beli la. Anak buah pulak mintak,  duk fikir duit ada ke, tak sempat withdraw money. Sudahnya beli la 2 menatang tu, melekek anak buah aku ketawa.... ada 2 ekor teddy bear dah penuh troly. 

Lepas tu balik tangkak pun fikir, dengan budak2, dengan taddy bear, emm.... macam-macam ibu yap. Dulu kecik-kecik ada mintak mak taddy bear kecik je. Ye la tak penting atau mungkin mahal. Mak aku tak belikan pun. Kecik-kecik dulu aku rasa aku tak de mainan kot. agaknya kot. 

Aku tengok room mate masa duk kat flat hijau tu sebenarnya. Dia dapat hadiah dari buah hati dia. Aku teringin le pulak. Lama dah. Aku tengok le kat Alamanda, mak aiiii.... mahei gilooo..... Memang tak le aku nak beli. Dengan rasa tak malu pernah jugak aku mintak kat seseorang.... Memang tak dapat la kan. Ko ingat ko siapa.... eemm.... 

hah!!!! ada teman balik Putrajaya

Aku bawak balik putrajaya duk sebelah aku, pakaikan seat belt. Post kat FB. Ada org ketawakan. Aku jawab le, tak pakai nanti belari menatang tu. Tak tau le faham ke tak. ye la dah menatang tu lembut. Kang aku ke kiri dia ke kiri, aku ke kanan dia ke kanan, kan payah aku nak drive. tu yang pakai siap-siap, mana ada peliknya.

Asyraaf pulak beli makanan ringan, biskut, aku bagi kawan dia nak beli apa pilih le. Kesian ntah nak apa-apa ke. Asyraaf nak jam tanggan. Duit dalam wallet da tak sampai RM 10 rasanya. Lain kali je la. Keluar tu cari la ATM, nak p makan, tanya Asyraaf nak makan KFC ke Pizza Hut. Dia pernah nampak ibu dia makan pizza hut dengan office mate lama. "Tak bawak yup pun". Alamak aii!!!! dia sekolah nak bawak macam mana. So hari tu dapat la dia makan Pizza Hut. 


nampak!!!! kepala dia besar dari aku. Senyum je macam aku hahahahaha..............

Sekarang aku tidur kaki ada tempat sidai, kikikikiki..... sangkut kat bontot bear tu, kepala dia aku peluk. Bantal peluk dan leper dan tak tinggi macam bontot bear tu. kikikiki. Best pulak duk gentel bear tu, lembut gebas gebus. Walaupun murah aku puas hati, dapat jugak buat teman tidur selesa sikitrasanya. Secara tak langsung buat terapi kaki aku yang sakit ni. Alhamdulillah macam beransur pulih. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan