Isnin, 4 Julai 2016

Nak Raya Dah

Kan!! nak raya dah, aku duk takuk lama, semalam baru kelam kabut nak cari baju raya, dah ada pun sehelai, tapi mana nak cukup kan. Rumah tak usah cakap la, kemas pun tak sempat. Minggu ni tak balik kawasan untuk bertugas, tapi tak dapat keluar jugak duk betapa kat pejabat dek kerana nak siapkan kad ucapan raya kononnya. 


Kuih raya ada le setelab aku beli, itu pun beli kad bazar ramadhan, sebab kesian. Tak ada orang beli kat gerai dia. Duit raya pun sesen aku tak tukar, seperti tahun-tahun yang lalu. Nak keluar malam aku memang tak sempat sebab dah terawih, habis lebih kurang jam 11 ++ sampai rumah. Nak berjalan lagi tak larat esoknya kerja. Yang aku sempat ke bazar ramadhan je beli lauk untuk tokok tambah atau takut lauk habis di masjid. 

Aku sebok dengan program, ada je kerja walaupun tak keluar dari pejabat. Balik memang sengaja lewat sebab nak terus ke masjid. Kalau di kawasan ikut pergerakan YB itu pun ada yang skip, al maklum le nak jumpa buah hati. Terputus hubungan bulan puasa ni, nak call ibu dia terawih, bila call abah dia, dah sampai rumah.

Raya tahun ni paling tak best kot rasanya. Tak de mood pun nak raya selain sebok bekerja. Semalam baru sempat beli 2 pasang lagi baju, kasut anak pun baru beli, baju dia sebelum puasa dah beli dah siap basuh pun. Aku nak cari baju sendiri pun nak matching dengan baju biru si anak, punye le payah keluhu kehilir tak berkenan, berkenan warna tak sama. Dapat jugak, tapi harga mak aiii.. tak pe la sesekali, nak raya pun, tambah koleksi pakaian yang sedia banyak tu.

Sejak aku jadi single mother ni raya memang tak de maknenya bagi aku, hanya buat persiapan untuk anak, dia berhak untuk rasa kemeriahan raya, terutamanya dia dah pandai puasa. Tapi tahun ni aku rasa macam nak tak nak balik kampung. Kalau nak balik pun 1 hari raya. Dari tahun lepas aku niat nak solat raya di Masjid Besi. Jadi tahun ni tunaikan niat. Lepas raya in shaa Allah aku balik itu.

Lepas ni, memang aku nak balik 1 hari raya, sebelum raya malas nak balik. Kalau balik awal nanti aku kene kemas rumah. Sakit hati, anak buat dah beso bangka tak boleh di harap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan