Ahad, 17 Julai 2016

Jamuan v/s Tetamu


Minggu lepas aku cuti seminggu. 4 hari raya dah balik ke Putrajaya. Rancanganya hanya nak mengemas rumah, MasyaAllah sampai hari ahad kemas tak sudah-sudah. Sempat jugak buat jamuan untuk kawan-kawan terdekat aka kawan kaki gosip.

Khamis, 14 Julai 2016

Duit Raya

Sepanjang aku bekerja selamat lebih 13 tahun termasuk kerja sambilan di Hospital Muar, setiap kali raya memang mengharapkan duit bonus atau bantuan khas dari kerajaan. Tapi sekarang suasana dah berbeza, dapat bantuan kerajaan kita bedal dah diberi, tak kannnn nak pulang balik, dapat cincin emas 916 belah rotan kot, rugi-rugi rezeki yang dapat wajib disyukuri, Alhamdulillah.


Isnin, 4 Julai 2016

Nak Raya Dah

Kan!! nak raya dah, aku duk takuk lama, semalam baru kelam kabut nak cari baju raya, dah ada pun sehelai, tapi mana nak cukup kan. Rumah tak usah cakap la, kemas pun tak sempat. Minggu ni tak balik kawasan untuk bertugas, tapi tak dapat keluar jugak duk betapa kat pejabat dek kerana nak siapkan kad ucapan raya kononnya. 

Sabtu, 2 Julai 2016

Kerje ke Cuti

Hari ni aku cadang nak kemas rumah, nak ambik anak esok. Tapi lain jadinya. Naik Office nak buat ucapan raya untuk my bos and big bos 2 dalam 1 sekali keluar arahan. Ini le aku tak boleh nak cakap dengan kerja aku ni. Kerja aku memang tak tentu, kadang tu stress orang lain sedap tidur lena, sedap jalan-jalan hujung minggu, aku ada urusan peribadi pun terpaksa dulukan kerja. Orang lain tu tak de le macam aku. Aku je kije macam orang gila, orang gila pun tak kije hahahaha.