Ahad, 10 April 2016

Bersua Kembali


Macam da lama tak menaip di blog ni. Kekangan masa dan tugas yang tak menentu tak mengizinkan untuk aku ber "blog" selalu. Kalau dulu ada TAB boleh update blog bila2 masa dan mana juga, tapi sekarang mengharap komputer office sahaja. Apa pun mulakan dengan berita gembira.  


Seperti yang telah dirancang beberapa minggu sebelum 7 April, tiba masanya bersua muka syukur Alhamdulillah selepas genap 2 bulan tak bertemu. Bukan kerana kekangan jarak yang jauh dan itu bukan alasan kerana bertemu tak perlu selalu. Yang penting saling percaya. Hati aku cuma 1 hanya untuk seorang sahaja.

Memang dah lama rancang jumpa kali ni nak masak aka permintaan dia, suruh masak... amboi macam nak ngetas aku je pandai masak ke tidak kan!!!!! eleh petik jari je kot.... dia sekali aku boleh petik orangnya kecik je kikikikiki.... Orang banyak pengalaman hidup ni, dia je tak tahu...

Dah nak jumpa pun nak bergajut jugak dia ni eeemmmm.... layan je la, bila berborak di telefon... konon2 malas nak masak, sakit badan ceh!!! alasan nak mengelak.... tub-tub kata nak ke PD. Sudahnya selesai berborak dengan dia, aku pun beroperasi memasak.... start jam 11 mlm siap 3 lebih.

Oleh kerana aku nak betulkan kereta maka sekali jalan la, konon nak ke balakong tapi produa ada di setiap negeri. jadi jumpa kali ini aku jadi driver... amboi!!!! memang macam mando beso la dia. Pergi balik aku yang bawak. Bakul Makanan yang berat pun aku yang bawak, tak prihatin, bawak la yang berat biar aku bawak yang ringgan kan!!!! hahahaha.... Nasib baik aku bukan jenis mengada-ngada.

Yang tak senonohnya, dia dah sampai aku baru siap masak dan tengah menyapu, bukan setakat tu je, aku cuci toilet, iron baju, siap2 kan makanan buat air, baru mandi haaaaa tu dia sejam dia tunggu. kalau ayam nak bertelur dan boleh gereng telur tu la. Betelur dia menunggu, aku turun ke kereta tersengih-sengih, lambat bukan main-main ini betul-betul punya lambat kikikiki.

2rd si dia mengulang, aku temankan je makan seketul ayam goreng.
Selepas siap betulkan kereta, kami terus ke Pantai Cahaya Negeri Port Dickson. Maka berkelah lah kami, terus makan beb. Aku masak daging deng deng, ayam goreng berempah mystyle sayur campur dengan desert nutella cheese cup cake, buat air oren je dengan air masak. Huh!!!! bertambah dia makan. lagi kelakar nak balik kat RNR Seremban pun dia nak makan lagi.... Amboi tak padan badan yang kecik kuat makan.


Sebelum balik sempat la jugak singgah Pantai Burung, bersebelahan je dengan tempat kami berkelah, jalan kaki je, dia yang beriya-iya mengajak, ikut aku tak kuasa panas bedentum, dia nak bergambo, bukan nak ambik gambo dia sebok suruh aku yang bergambo.... saje la tu nak simpan pic kita banyak2, ngada2. Sebelum gerak sempat la dia bagi barang kat aku semuanya dari Abu Dhabi, Abaya la siapa tak tahu abaya tu Jubah siap dengan shawl, tak cukup 1, 2 helai dia bagi kat aku. Smartphone, Ipad mini, coklat, kurma, souvinir dari kapal terbang pun dia bagi kat aku, yang tak tahan selimut hijau tu hahaha macam2. Lepas tu sempat jugak la ke pasar raya cari cover phone note 5. Singah ke RNR seremban dia nak makan, masa ni la jugak dia tunjukkan baju kerja dia, apa lagi suruh aku jahit la, da lama cakap tu!!!. Aku tak bagi apa pun, cuma bagi buku tentang perkahwinan. Hahahaha....


Inilah dia souvinir dari Abu Dhabi untuk aku....



senyum!!!! suka la dapat macam2 hihihihihi.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan