Khamis, 4 Februari 2016

Tauhu Telur Hancur


Bahan :
1. 2 biji telur
2. 2 keping tauhu                     
3. 1 ulas bawang putih
4. 2 biji bawang merah
5. 1 biji lada basah merah
6. Sedikit ikan bilis
7. Garam dan gula secukupnya
8. Minyak masak secukupnya


Caranya :

Bahan-bahan 3-5 dihiris. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang dihiris tadi, masukkan garam dan gula atau perasa. Kemudian masukkan tauhu dan telah dihancurkan atau di kepalkan sahaja. Selepas itu masukkan telur gaulkan bersama tauhu, goreng sehingga telur masak. Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan