Isnin, 1 Februari 2016

Bersua Muka



Permulaan hari ini yang sedikit berdebar-debar dan rasa sangat happy terasa dari pagi hingga ke malam senyum ketelingga memanjang. Alhamdulillah rasa itu anugerah tuhan, seperti orang lain aku pun berhak untuk merasainya, hanya gembira sahaja aku juga manusia biasa. Nyatanya aku tak mengharap sesuatu yang fantastik dan bombastik, sekadar berserah pada ketentuannya. wah!!!! begitu mukadimahnya...hehe...




Makanya ini la ketentuan untuk aku bersua muka dengan seseorang yang aku kenali. Kami umpama dekat tapi jauh, dekat kerana sedaerah "rupanya" jauh memang beribu batu Abu Dhabi nun oversea sana tempat kerjanya. Haaaaa..... Nak habak mai, kami tak ada apa2 no sekadar berkenal-kenalan dan berkawan cuma dia ambil peluang bertemu kerana dia bercuti.

Aku pun tak berharap untuk kerap berjumpa, cukup sekadar bermesej. So kawan jarak jauh ni tak de masalah, malah lagi bagus elak fitnah, maklum le aku ni, tak buat apa-apa pun orang mengata, sedih!!!!! 1 perkara, aku suka lelaki ikut cara aku, in shaa Allah selamat. Aku tak kuasa nak layan lelaki banyak kerenah ni, aku sendiri pun x de kerenah sangat, IKLAN.

Lucu jugak, aku pun berdebar-debar frist time beb, dia pulak mesej "segan..takut..." macam la dia nak jumpa hantu kan, sabo je la. Mula-mula masuk kereta dia, makkkk koo hijooo.... waaannggiiiinyyyaaaaa...... pakai perfume ke mandi perfume ni huhu!!! aku ni da la sensitif bau wangi-wangi ni... Kemudian beriya ajak ke Masjid putra, ingat nak ajak solat sunat dhuha berjemaah hahaha.... rupanya nak ke tandas, kesian bukannya aku ni zalim sangat, kalau bagi tau kan boleh tumpang kat rumah aku, bukannya aku nak tengok dia buang air pun hahaha.... 

So sempat la borak-borak, kat depan tasek, masa tu jugak la dia bagi tau tempat tinggal dia, yang sebelum ini dia rahsiakan dari aku. Bukan dengan ayat atau cakap dengan2  kad pengenalan dia bagi tengok sekali, siap mintak IC aku sekali untuk berlaku adil... hahahaha da kenapa, macam polis le pulak, hadoi... aku bawak kek batik, masa minggu lepas aku bagi tau dia aku bawak kek batik ke masjid, dia pun nak jugakkkk. So ini bagi la dia rasa, tak banyak pun, bekas kecik je.

Alahai orangnya kecik je, kurus tu aku dah tau dia send pic dengan uniform kerja dia lagi, sebelum jumpa malah sebelum balik Malaysia. Tingginya lebih kurang aku je atau mungkin rendah dia dari aku, nak-nak kalau aku pakai kasut tinggi tenggelam le dia hahaha rupa parasnya!!! biasa-biasa je muka jawa hahahaha duduk pun felda. Itu aku tak kisah yang penting gigi dia cantik, dan tak gemuk, kalau gemuk memang da lama reject. Itu le orangnya.


Lain pulak ceritanya, masuk-masuk kereta ingatkan da ready nak jalan, tub-tub dia hulur beg kertas kecil dia bagi perfume... siap suruh bukak pulak.... suruh bau pulak.... suruh pakai pulak..... Macam-macam betul la dia ni, semua dah. Dia hulur lagi beg kecil minyak wangi jugak.... sampai 2, mak aiii.... nape tak bagi 20 botol boleh aku jual, dapat untung atas angin je kan. Eh!!! ada lagi gift from Adu Dhabi. Alhamdulillah rezeki mak yap.



Berjalan la aku ke IOI City Mall berdua-duaan. Ceh!!! aku rasa lama sungguh aku tak berdating Hahahaha. Aku bawak dia ke tempat yang aku selalu pergi Index Living Room, siap aku tunjuk katil yang aku nak beli hehehe.... dia kata kecik, memang la!! sebab tu nak cari orang yang kecik2, kalau tido pun x boleh jauh2 sebab katil kecik kene dekat-dekat selalu... hahaaaa merepek pulak.... 


Aku berjalan la, yang dia duk mengekor bontot aku, naik risau pulak aku, dia tang tang tak pe, tak pe..... Pegang sana pegang sini, bukan nak beli, cukup la cuci mata, puas hati. lepas tu pergi makan di the chicken rice shop lama jugak menunggu makanan borak lagi, dia banyak cerita pasal tempat kerja dia, aku ni banyak cakap jugak tapi aku tak ingat apa yang aku cakap hahaha.... Salah satunya aku bagi tau aku bertukar office, lepas siap makan aku tunnjukkan tempat solat.


Ingatkan lepas tu dia nak balik, tub2 ajak ke KL, KLCC aku sampai. Sepanjang 2 tahun lebih aku diputrajaya aku tak pernah ke situ apalagi berjalan didalamnya. Ada pun kerana kerja, itu pun pandang dari jauh. Aku suruh dia la jalan, aku mana tau. Tempat yang aku tak biasa pergi aku tak suka singgah, tapi memandangkan ada vincci aku tengok la, saje tengok2. Selebihnya jalan-jalan tengok dari luar. 






Rupanya tempat dia lepak dengan kawan-kawan dia makanya melepak la kat depan air pancut beramai-ramai dengan orang lain.  Dia ajak berjalan sekitar taman, ikut je la, dah agak dah nak ambik gambo, dia cakap berulang kali bagi hing le tu.

Yang geli hatinya, balik tak jumpa kereta, nampak cuak jugak dia hahahaha..... dah puas turun naik car park, mujur jumpa. Perjalanan pergi dan balik clear jalan tak jam. Sebelum dia hantar aku balik, aku suruh dia solat kat masjid besi hehehehe.... itu le tempat yang selalu aku pergi untuk melepak. 



Sempat jugak minum di umai cafe, beborak lagi.... Punye le panjang masa dengan dia, boleh aku tak ingat apa yang diborakkan. Alahai tanda-tanda penuaan.


Sebenarnya aku tak tau apa yang dia tahu pasal aku, dia ada sikap berahsia. Kenal pun ada orang tengah kan!!!! So aku cerita pasal kerja dan dari aku je, pasal anak aku tak bukak pun. Sebabnya aku pun tak tau Perasan dia, tak ada apa-apa yang sirius. So aku hanya tunggu dan lihat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan