Isnin, 21 Disember 2015

Kereta Kuda



Tak ramai yang tahu rupanya, ada kereta kuda yang merupakan daya penarik di putrajaya, bertempat  bulatan berhampiran masjid putra putrajaya. Bayarannya agak berpatutan RM 10 dewasa dan RM 5 kanak-kanak.



Mulanya nak bawak mereka naik bot dondang sayang, tapi telah ditutup selepas jam 6 Petang. Itu pun syukur alhamdulillah ada jugak pilihan lain apabila ada kereta kuda.



Ini first time naik kereta kuda seronok juga, terutamany bila naik ramai-ramai macam ni, lebih seronok bila menjadi tumpuan kenderaan yang lalu lalang, ada yang ambil gambar ada yang rakam video, peh!!!!! Macam artis lalu red carpet. 



Hehehehe.... Sebenarnya dia orang  nak ambil gambar kereta kuda tu, tapi da kita org yg naik, sama jugak org lain, tapi memang best la, dengan keadaan cuaca yang mendung jadi tak terasa panas.





Yang sebenarnya, aku Idah rancang dari tahun lepas berangan-angan nak bawak Nak naik kereta kuda, tapi tak ada. Akhirnya dapat jugak la kali ni, selepas setahun Menunggu. Mak dan anak anak buah pun nampak happy.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan