Selasa, 24 November 2015

Gaduh pulak!!!!!

Eeeeeemmm.... aku sebenarnya memang sangat menjaga hubungan dengan semua rakan sekerja di pejabat. Tapi orang kata bende nak jadi. Atau aku mungkin bersifat tak profesional. Nak buat macam mana, aku memang tak suka hipokrit aku terpaksa berterus terang.

Tugas asean sepatutnya sehingga hari ahad, tapi aku excuse anak x de orang jaga, da memang betul pun aku pun malas nak beriya, lagi pun bukan buat apa, tak de kije, bak kata bos, "penat hari ni kije makan" memang x boleh tahan statement.


Jadi sabtu dan ahad dah tak bertugas, tub2 pegawai call suruh naik office tolong buat cutting paper pasal asean. Aku ye kan sahaja. Tapi lepas tu macam-macam yang aku fikir.Nak kene keje dengan office mate yang selama ni aku menyampah haaaaaa.......

Bila tiba masanya hari sabtu, aku tak pergi, asyraaf tak bangun, aku buat kije rumah macam biasa. Pegawai call aku tak angkat, biasa la aku silent mood, memang bising dalam seminggu ni sebab ada group untuk petugas asean. Aku hanya tukang baca.

Sudahnya pegawai marah, aku pun dengan rasa cukup yakin, berterus terang sebab apa aku tak pergi. Aku send mesej je.


[9:40AM, 11/21/2015] En Hanafi: Ko ada mana. Azhar kata ko tak sampai opis lagi. Ape cerita. Boleh tak gi opis kalau tak boleh aku balik opis.

[9:41AM, 11/21/2015] En Hanafi: Nape tak angkat call

[10:38AM, 11/21/2015] Ida: Basuh baju ada kat rumah, anak saya x mau bangun la, tak kan nak tinggal, x berani saya nak duk kat office dgn azhar, memang la untuk buat kije, tapi saya dari dulu x leh kije dgn dia, miang semacam, takut la, esok suruh je la dia buat kat IMC ramai le bantu, 
Saya cakap terus terang saya anti dengan dia dari dulu, x leh di layan miang semacam, org lain pun x de mcm tu.....

[10:39AM, 11/21/2015] En Hanafi: Lah kalau gitu nape tak bagi tahu dari semalam. Saya boleh arrange orang lain.

[10:40AM, 11/21/2015] En Hanafi: Nape tak angkat tepon

[11:40AM, 11/21/2015] Ida: Saya silen phone la, bising whatapp


Itu le ayatnya. Tapi keesokkan harinya. Suspek itu mesej aku.

"Ida. Aku nak tanya kau masa bila aku ada mengayal dengan kan. Dan masa bila pula aku miang dengan kau.hoi aku wst keja semalam dan ari ini pun aku bawak isteri aku kat ofis aku tak hadap kat engkau la bodoh."

Aku baca je, x de kuasa aku Nak layan.....

Tub2, Isnin masuk office, Dia tau timeing aku.... Tercegat depan pintu bilik dia, kebetulan memang berhadapan pintu office.

Wah!!!!  Pagi2 da menyerang aku, dia kata Di aku cakap dengan napi yang dia mengatal dengan aku, Siap hina aku "engkau tu bawah tapak kaki aku je tau" sedetik aku rasa down!!!! hinanya aku kan emmm....... Aku pun cakap eh!!!! Engkau memang miang la.

Eh!!!!! Dia x puas hati juga, sedang aku berjalan menuju ke bilik aku, dia masih sebok tanya "bila masa aku miang dengan engko, aku sambil berjalan tu menoleh kebelakang "heii orang tua!!!!! engkau tu memang miang la,  bukan aku, miang dengan semua orang la" haaaa kau!!!!! Geram betul aku.

Masalahnya dalam mesej tu aku x de tulis pun yg dia tu miang dengan aku, yg tuduh aku cakap mcm tu kenapa? Aje celaka betul orang tua tu. Mampus tak nak hidup menyakitkan hati orang je. Siap dia jaja 1 office, entah apa dia cerita. eeeemmmm... silakan le, menunjukkan kebodohan sendiri, dia tu memang terserlah dengan miangnya kat office, pas tu di jaja keburukan diri sendiri malah menfitnah, agak tak reti baca ke mesej tu.

Aku memang x de le nak bukak cerita @ share dgn sesiapa melainkan geng gossip aku. Hah!!! si yam tu bukan main bela lagi abang miang dia. Aku pun bukak le cerita yang dah lamaaaaaaa aku simpan, yang tau pun roomate aku sebab kita orang memang hater si tua tak sedar diri.

Aku tak suka orang tua tu memang dari awal masuk lagi, sebab dia macam penyebok duk campur geng2 pompuan, kalau marah kat orang tu disumpah seranahnya orang, bukan salah beso mana pun nak maki2 apa hal, mak bapak tak ajo ke? Dah tu tengok roomate mengeliat pun siap buat lakonan semula kat semua2 pompuan, dah tu cakap pulak "heeee..... mana aku tahan" sambil ketawa berdekah2 macam puaka tak miang ke tu. Aku!!! memang pelik, tak de story lain ke nak cerita, cerita tak bertamadun macam tu nak share.

Dah la tu, kalau bergurau tu tak sah kalau tak melucah tak mencarut eh!!!! memang tak bertamadun la, banyak lagi isu atau perkara yang boleh dijadikan gurauan kenapa mesti nak melucah dan mencarut, kalau ketawa tu memang tahap puaka la kan!! itu pun sebok cakap aku n the team ketawa kuat, dia sendiri tak sedar diri... Aku kalau tengok dia memang aku tak campur, nak bercakap pun tidak, aku tau dia memang cuba nak berborak amboi kalau cakap tu bukan main lembut, tapi cuba time marah  macam sesumpah pulak kejap macam tu kerjap macam ni. Nampak sangat berlakon, orang lain apa pun keadaan suara sama je, tak de le nak miang terang2, depan2. Pernah dia duk berhenti depan bilik dia semata2 nak tengok aku jalan, masa tu pun baju aku agak ketat, biasa la lelaki miang, orang lain tak macam tu pun.....

Sampai di telingga aku yang dia tanya aku pada pegawai, dah pindah pun pegawai tu, "macam mana ida" " dia bercerai kenapa" Aku cakap dengan roomate aku, rupanya dia pun ditanya soalan yang sama pada roomate aku. Eeeee... dalam hati aku, orang tua ni kenapa celaka sangat. Dari situ aku dah tau, dia memerhatikan aku... walaupun dia hina aku, tapi tuhan je yang tahu mudah2an dia sedo diri, dia tu bukan sesiapa pun, bukan ada megat ke wan ke keturunan raja bersiong pun tak layak la!!! gigi pun dah tak ada.

Sampai 1 tahap, masa bertugas di festival belia, dia duk angkat barang n letak di belakang, aku buat apa entah dan barang terjatuh dan aku pun ambik, dia duk belakang aku, jadi aku tertonggeng ke arah dia, fuh!!!!!! datang miang dia, "dah buat lagi dah, buat lagi dah" eh!!!!!! meluap-luap menyampah aku kat dia. Sejak dari itu le aku tak mau cakap, dan tak nak ada kerja sama dengan dia, berselisih di pejabat pun aku buat tak tau, macam tak ada orang. hok aloh!!!! menyampah betul.... Orang tua ni kalau di layan memang menjadi2, pompuan2 seusia dia la yang rajin melayan.

Siap cakap dengan yam yang dia tu ada bini, setakat ada bini yang macam teratai layu tu, kenapa cari MADU, orang yang dia nak tu pulak roomate aku, cakap pulak dengan semua orang nak cari bini muda. Huh!!!! terang-terangan memang miang, kata dah ada bini, kenapa? yang tua tu dah tak berfungsi ke? cakap pulak dengan semua orang BINI dia izinkan. Nah!!!!!! silap2 bini dia sendiri tak kuasa nak melayan. Orang dah tua-tua sebok nak beramal ibadat nak menunaikan haji dia sebok nak kawin lagi. Dia ingat yang 27 tu nak sangat dia yang 22 KUP tu setakat gelaran ORANG TUA, dasar orang tua tak sedar diri.

Ya Allah mujur lah hati aku dah tergerak dari awal untuk tak campur dengan tua kutuk ni, dia bukan sekadar miang malah suka ambik tahu pasal orang konon2 jadi tempat rujuk la, tapi dalam masa yang sama suka jaja cerita pada orang lain, so manusia macam ni tak boleh share any story.

Kesimpulannya bila aku kata dia miang seperti ayat di atas, itu adalah hak aku setelah memerhati dan menilai attitut dia, dia tak berhak nak marah aku, kerana penilaian aku dari sikap dia sendiri dengan semua orang. Seperti mana dia menghina aku, aku tak marah aku tau orang macam aku memang sentiasa diperhati sentiasa orang ingin mengambil kesempatan, sentiasa salah, sentiasa berdosa, sentiasa jadi umpat cela. Mudah2 setiap perbuatan manusia yang sentiasa memburukkan aku akan membuka 1000 pintu rezeki buat aku, dan sehina-hina aku, aku tak miang, tidak bertepuk tampar jika bergurau. SEKIAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan