Sabtu, 26 September 2015

Soalan Berulang



Kat kampung kan!! ada aje majlis, kenduri kawin la, yang bertunang, hari jadi anak la itu la ini la, tak de pulak hari yang tak jadi semuanya menjadi-jadi. Kebetulan anak sepupu cucu kepada Mak Ngah, semalam bertunang, dah aku aje yang ada kar rumah, akak balik rumah mertua, pergi la melayankan mak, bawak sekali mak sedara dengan sepupu. So stranded la kalau jumpa sepupu sepapat, Kalau nampak batang hidung aku tak de soalan lain "bila lagi, bila lagi".



Aje tepu telinga aku ni, mak aku tak pulak tanya!!!!! Walhal orang melaka da dtg rumah, tapi tak jadi, orang Penang berkenan aku tak mau, ahhh!!! Semua aku tak berkenan. Kadang2 terharu jugak dengan orang yang betul boleh terima aku apa adanya, tapi hakikatnya cinta tak boleh dipaksa dan aku hanya manusia biasa tak tak suka dipaksa.


Susah sebenarnya nak bagi tau orang tentang kadak dan kadar, dan jodoh adalah sebahagian darinya. Kalau dah tak de tu maknenya lom sampai le lagi, aku sendiri pun tak yakin ada lagi ke jodoh untuk aku, nampak gaya macam berat je, jangan kata batang hidung bayang2 pun x ada lagi ni, lagi mau tanya. Bagi le yang muda mudi tu merasa hidup berumah tangga pulak, aku ni tak yah le di kisahkan boleh je hidup berdikari.


Nak kata memilih, itu memang hak aku, semua perempuan akan memilih tak kan nak pilih mat gian duk tegolek tepi jalan nak dibuat laki pulak kan!!!... Bukan la jugak nak memilih lelaki yang berharta, berbadan ketul-ketulan, oh!!!!! not my taste cukup la lelaki yang tau tanggungjawab, dan kalau nak memikul tanggungjawab tu perlu ada kemampuan, kalau tak mampu tapi kan kawin nak harap bantuan isteri, memang tak guna le jadi suami, bukan aku tak nampak!!!! lom apa2 pun da mendesak nak pinjam duit. Jawabnya aku yang cabut, kalau sekarang aku selesa, tak kan nak kawin hidup seksa.

Tapi andai itu le takdirnya hidup seperti dulu maka aku redha, semua tu pahala jugak, tetapi sebolehnya biarlah berkemampuan, bukan aku mintak emas, intan belian, cukup pikul tanggungjawab yang sepatutnya.




Aku ni kadang2 gila jugak, pernah dulu aku terfikir nak kawin kontrak, semata-mata sebab nak anak perempuan nak Idah Junior kononnya, maklum le usia semakin banyak. Tapi itu la kalau kawin belum tentu akan beranak, 1 lagi buatnya dah kawin langgar kontrak nayee aku walaupun ada  orang yg sanggup kan!!!. Sudahnya aku yang tak berani tanggung risiko. Ini kes terpengaruh dengan drama2 melayu le ni, "teman lelaki upahan" "girlfriend kontrak" ha ini baru di pawagam.... rasa macam nak tengok jee...



Setakat ni tak apa la mcm ni, bina hidup sendiri, dengan titik peluh sendiri, cari kesenangan dengan usaha sendiri alhamdulillah puas hati jugak dengan hasil yang sedikit sedikit, in shaa allah harap2 akan membukit. Walaupun perlukan masa untuk kumpul harta sendiri sekurang2 nya mengajar aku untuk terus usaha, in shaa Allah mudah2an berjaya... Amin!!! Amin!!! Amin!!!


Pasangan tu, biar masa menentukan, bukan mudah untuk orang terima aku apa adanya dan aku pun macam tu. Setakat ni aku perhatikan lelaki nak perempuan ikut telunjuk mereka, tapi orang degil  macam aku ada cara aku sendiri, memang susah sikit, ikut cara aku in shaa Allah selamat. Aku semakin meningkat umurnya, nak ke hulu ke hilir, nak menunjuk2 kononnya couple memang tak ada masa. 

Yang lalu biarkan berlalu semuanya pengalaman dan pengajaran untuk aku beringat dan berhati2, bak kata pepatah rambut sama hitam hati lain2, andai ikhlasnya hati aku tak mungkin sana dengan hati orang lain. Makanya cinta tak perlu dicari, akan datang andai tiba masanya nanti. Aku begini hati tak kecewa tak terluka, malah tak perlu fikirkan sesiapa dan tak perlu jaga hati sesiapa. 


Aku hanya perlukan lelaki yang betul2 sirius untuk hubungan yang halal atau mungkin bercinta selepas berkahwin dan  sebenarnya itu yang sukar ditemui di zaman melinium ni. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. 






 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan