Isnin, 21 September 2015

Cuti Sekolah


Last minute aku baru tau minggu ni cuti sekolah, ini lah sebenarnya perkara yang tidak disukai aku 2 beranak. Asyraaf tak de kawan dan terpaksa duduk rumah sorang2 ataupun ikut aku ke office dengan syarat bangun cepat, tak bangun jawabnya aku tinggal. Mujur la aku duduk dalam bilik, so tak de le orang perasan sangat aku bawak anak. Sebelum ni aku duk di Admin tempat agak terbuka, so aku berat hati sikit nak bawak Asyraaf ke office, nanti apa pulak kata orang lain.



Nak buat macam mana keadaan aku setakat ni macam ni, dah aku iklankan di blok aku untuk cari penjaga tapi tak de yang sudi nak jaga. Lagipun cuti sekolah bukan lama seminggu je, 2-3 hari aku bawak dia ke office, khamis dah raya haji, jumaat sambung cuti nak balik kampung.




Tak tau pulak raya Haji jatuh pada hari cuti beriya-iya aku cakap dengan mak kelmarin yang aku tak balik, sebab kalau waktu sekolah cuti hanya sehari, so penat nak berulang alik. Rupanya cuti panjang budak sekolah boleh le balik, bagi duit mak sekali. Biasanya kalau tak balik bank in je senang hidup aku hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan