Rabu, 9 September 2015

Ayam goreng Mek Eda



Bahan :
1. 1 sudu besar serbuk kunyit
2. 1 sudu kecil garam (ikut suka)
3. 2 ulas bawang putih
4. 2 inci halia
5. 2 tangkai serai
6. 3 sudu gula merah @ gula melaka
7. 500 g ayam (potong kecil)
8. Minyak masak secukupnya




Hiasa :

 1 biji bawang besar
2 tangkai kacang panjang


Caranya :

Bahan-bahan 1-6 ditumbuk/kisar, kemudian perapkan dengan ayam yang telah dibasuh bersih. Biarkan beberapa ketika (lagi lama lagi bagus). Panaskan minyak, setelah panas gorengkan ayam. Apabila ayam telah masak dengan warna kekuningan masukkan hiasan tambahan, kacaukan beberapa kali, kemudian angkat hasil gorengan tadi dan toskan minyak dan biarkan sejuk. Siap untuk di makan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan