Isnin, 14 September 2015

Alahai cukai!!!!



Sebenarnya cukai pintu ni sekali je pernah aku bayar, seingat aku la kalau tak ingat maknanya lupa hahaha... tu pun masa menetap dan bekerja di Muar. Selepas dapat kunci dan menetap dalam setahun rumah disewakan kerana aku bertukar ke Tangkak dan penyewa lama tak de maklumkan apa2. Tak mahal pun RM70 untuk 1/2 tahun, so setahun baru RM 140. 

Oleh kerana dah bertahun2 tak bayar, ha!!! ambik ko!! kene le RM700++. Apa la nasib kan, lepas 1, satu kos nak kene tanggung. Syukur Alhamdulillah berkat beringat dan berjimat cermat, walaupun niat hati nak membeli barang keperluan rumah, terpaksa tangguhkan dulu tapi hutang wajib di bayar. In syhaa Allah, bersabar dan berusaha untuk terus menyimpan. Bila agaknya orang nak sumbang kat aku 2.6 bilion.. hehehe.... dalam mimpi pun belum tentu kikiki....


Memang target tak sampai 1K peh!!! nasib baik. aku terus bayar je la 30hb bersamaan dengan hari ahad, nasib baik johor kerja, kalau tak nak kene ambik cuti pulak gamaknya, Alhamdulillah lagi jimat cuti tahun aku hehe..

Bila dah selesai semua, rasa lega, alhamdulillah, apa yang aku risaukan dah selesai, lepas ni dah tak de tunggakkan. bayaran pun tak banyak syukur Alhamdulillah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan