Ahad, 9 Ogos 2015

Sesat Di Kuala Lumpur

Jalan ceritanya aku ni konon-konon nak pergi beraya. Dengan bangganya gunakan waze, al maklum la aku my green love aku tu lom sampai lagi kot ke KL. Kalau nak jalan sendiri memang tak sampai la jawabnya. Tapi tu la apa la nasib, memang.. la nasib jalan ke Ceras pun sampai sesat, pusing punya pusing punya pusing tengok-tengok tang situ jugak. 

Waze yang digunakan pun dah tak boleh guna, entah la mungkin waze pun pening. Aku lagi la pening, asal suruh belok ke kiri je dah gabra. Aku mana tau 200 meter ke 300 meter ke, 2 ke 300 ringgit aku tau la, aku bukan kerja ukur jalan. 


Sudahnya Asar pun terlajak, singgah le aku 1 Masjid, betul-betul masuk Magrib. Memang nekad kalau tak jumpa jugak memang aku balik le jawabnya. Lepas solat aku tanya orang. Tub2 dah sampai rupanya!!! tinggal cari kat mana je kondonya. Huh!!!! Allah bagi petunjuk selepas sembahyang hehe.... 5 jam perjalanan jam 3 gerak jam 8 baru sampai. 

Dah lapar apa lagi balun le apa yang ada kan, nama pun open house. Lama jugak 2 jam duduk rumah my X bos. jam 10 gerak la balik. Haha.... yang bestnya balik 1/2 jam je kikikiki...... hadoi mak aiiii..... punya le jauh aku berjalan. Kawan aku dari putrajaya sampai mersing le perjalanannya.... Aku sampai ke mana je.... Sampai ke hati hahaha  

itu la sekian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan