Khamis, 9 Julai 2015

Anugerah



Ya Allah,

Aku sedar ketenangan ini anugerahMu,
Aku syukuri atas rasa yang Kau beri,
Aku bermohon kekalkanlah rasa ini,
Aku tak mampu ucap keindahan ini,
Namun rasanya cukup membahagia hati.

Jalan yang Kau pimpin aku tujui,
Tempat nan indah aku kunjungi,
Suasana tenang aku nikmati,
hari-hari dilalui sangat bererti.
 
Dalam kesenangan aku besederhana,
Dalam diri ingt tanggungjawab yang ada,
Dalam langkah sentiasa beringat dan waspada,
Semoga kau limpahi barakah didalamnya.

Indahnya ikhlas melakukan dengan rela,
Indahnya ikhlas bantu tanpa pengharapan,
Indahnya ikhlas tiada rasa bebanan,
Indahnya ikhlas mengindahkan pandangan,
Indahnya ikhlas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan