Selasa, 30 Jun 2015

Persiapan Ke Masjid

hijau segala hahahaha...

Inilah persiapan aku ke Masjid seawal Bulan Rejab lagi. Tergerak hati untuk buat begini kerana selalu ke Masjid menghantar Asyraaf mengaji setiap malam Isnin dan Selasa kebiasaannya solat Isyak, tapi kalau cepat sebelum Magrib, dan jadi kebiasaan juga kalau balik tu hampir jam 10.00.

Oleh kerana keperluan dah ada so ramadhan ni tak ada masalah, dari sarung kaki @ stokin, Skaff, telekung, sejadah kecil dan besar dan juga beg sekali disediakan. Nampak macam senang tapi bukan senang nak senang, sebab nak mencari mengikut tema warna HIJAU hahaaa. 

Skaaf pun belian yang kedua baru puas hati, hahhaha belian!!!!. Stokin pulak nak jugak hijau, kesana ke mari tak jumpa area putrajaya ke bangi, so 1 tempat yang aku tahu jual stokin pelbagai warna, apalagi balik la kampung tempatnya di Giand Tanjung Agas, Akhirnya dapat jugak, asal nampak stokin aku beli so stock stokin je aku ada 14 helai, hahaha... ini bukan pembaziran namanya tapi keperluan untuk sentiasa bertukar, nak bawak sembahyang, mesti le kene bersih kan!!!!

ini bukan kuih apam tapi stokin yang dibeli di Giand

Tak cukup itu, bila da Berterawih ni terpaksa beli 1 lagi sarung kaki bergetah di bahagian tapak, boleh mengelakkan tergelincir sebab lantai masjid mozek, tapi kalau lantai berminyak tak selamat jugak, maklum la orang ramai makan di merata tempat dan kalau nak jatuh tu jatuh la jugak!!! hahaha... ini sekadar menutup kaki aka jaga aurat didalam masjid, ha!!! gitu... dan sebenarnya untuk cover stokin yang nak dibawak solat, supaya tak kotor, ini pun rasa tak cukup 1, dan rasa nak beli lagi.

Setakat ni aku ada 5 helai telekung, 1 jenis lycra warna hijau lagi!! tapi ada yang kata kainnya menampakkan susuk tubuh so tak boleh la bawak p masjid tapi aku bawak ke Office letak di Surau orang lain boleh pakai aku pun boleh pakai,  sehelai untuk travel pink calour, itu pasal ada stokin warna pink hahaha. 1 helai untuk dibawak ke masjid dan 2 helai telekung ada di rumah aka telekung bertunang itu pun getah kat kepala dah rosak dan 1 dapat masa berkahwin, yang ini je la yang boleh digunkaan bergilir untuk ke masjid kalau 1 di cuci.

Telekung yang dibawah ke masjid ni memang ada je dalam kereta, complet set so kalau ke mana2 tak de masalah untuk aku gunakannya. Tapi bila terawih hari2, aku sendiri pun tak tahan bau acem, berpeluh-peluh badan, tak kan nak pakai sebulan,oowwww....  tak selesa sungguhhh!!!! Aku nak cari jugak telekung baru tapi nak warna hijau, sebab tu tak dapat2, aku ingat nak beli yang mahal sikit lepas ni, In syaa Allah, bukan untuk sesiapa tapi untuk menghadap Allah yang memberi rezeki dari pelbagai sumber, selebihnya untuk keselesaan sendiri In Sya Allah, harap2 jumpa Amin!!!

Kalau ada sesiapa yang membaca dan sudi sumbangkan telekung kepada saya silakan!!!! hahahahaha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan