Ahad, 21 Jun 2015

Mustika Ratu


Alhamdulillah sekarang aku menggunakan produk mustika ratu untuk wajah. Bermula dengan mencuba pelembab muka, memang agak kurang selesa jugak la mula2, sebab pelembabnya terlalu cair, dan mula2 guna ada juga tumbuh jerawat, tapi itu untuk kerasikan produk dengan kulit, sekarang ni alhamdulillah.


Diikuti dengan mencuba krim malam, dah agak lama tak pakai krim malam. Krim malam ni penting untuk merawat atau memulihkan kulit dan bertugas pada waktu malam atau semasa tidur. Krimnya agak pekat sikit tapi baunya pulak lain macam, ini kerana menggunakan bahan berunsur herba, sekali dua memang tak selesa, selepas itu jadi biasa.

Kemudian cuba pencuci merangkap pelembab muka,tapi aku rasa ini lebih kepada pencuci mack up, so digunakan di pejabat je, lain sikit sebab nak guna digoncang dulu, kerana terdapat mendapan air bahan yang dugunakan, ini agak wangi sikit dan macam biasa agak cair.

Percubaan terakhir toner atau bahasa indon penyegar, seperti toner yang lain tapi baunya kuat kerana produk berasaskan limau, banyak sebenarnya pilihan toner tapi limau ni lebih kuat untuk menghilangkan bintik hitam, in syaa Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan