Isnin, 15 Jun 2015

Mewangi - Akim & Majistret

Jarang sekali aku pilih lagu nyanyian lelaki, tapi kali ni aku pilih lagu ni. Bukan kerana minat pada penyanyinya, bukan juga suka dengar lagu ni, tapi seseorang nyanyikan lagu ni dan send pada aku. Aku malas nak fikir malas nak tanya kenapa apakah lagu ini untuk aku.

Cuma aku cuba fahamkan lagu ni, aku tak faham, aku hayati liriknya pun tak juga aku fahami. Apa yang aku faham, memang ada niat baik dan aku sengaja mengelak, menolak dan berlari tanpa lari.. Orang lain tak faham tak pe yang penting aku pencatatnya cukup aku je yang faham.


Kadang-kadang memang tak sampai hati nak lukakan hati orang, bukan semua orang boleh terima aku seadanya tapi hakikatnya bukan mudah juga untuk aku menerima. Adakalanya hidup ni macam terbalik, bila kita suka, orang lain tidak, bila orang lain suka, kita pulak tak sudi.

Barangkali belum ada si "pelembut hati" yang hadir untuk jadi teman aku, dan hakikatnya mungkin itu bukan jodoh aku. Sekian...




Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Adalah dahagaku

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Hingga
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Selamanya
Adalah cintaku kepada dirimu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Hingga
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya wooo woo ooo

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan