Jumaat, 24 April 2015

Tercabar Ke?


Aku ingatkan lelaki je tercabar dengan fizikal aku.... Haaaaaa!!!!! ayat power kan!!!!.... tapi itu le realiti, yang aku sendiri tak berapa nak suka, tapi nak buat macam mana tak kan nak sorokkan badan tinggalkan kepala jer,,, penangan la pulak jadinya.... Ini pengakuan sesetengan manusia yang aku kenal dan tak kenal langsung... ada juga anak dara pun mencemburui. Apapu   fizikal atau tubuh badan kita adalah anugerah, sama ada kita nak menjaganya atau tidak terpulang pada masing2, bagi manusia seperti aku yang suka menjaga kesihatan sekaligus kebersihan diri makanya setiap inci tubuh badan aku take care.

 

Lain pulak kes aku kali ni, aku bekerja seperti biasa, dengan semua kawan office pun semua ok, kerjasama atau bila dimintak tolong aku membantu, aku datang office pun on time, officer2 kat sini pun dah ada yang perasan, kecepatan aku ke office termasuk la KP sendiri, sehingga kan ada pegawai cakap, örang yang tak ada tak payah dicari, Idah ni ha, ada je kat office hehehehe.... Alhamdulillah "tau tak pe" dan selebihnya aku ni memang suka bergaya, baju aku pulak not bed la, orang kerja da lama mampu pakai lawa walaupun tak mahal, aku sendiri pun tahu kualiti kain yang setanding dengan harganya, dan kebiasaanya baju aku murah tapi nampak lawa, tengok orang lah bab2 memilih aku memang pandai, sebab tu sampai sekarang single avalable, eh!!!! ye ke.... Itu sebab tak sampai jodoh lagi.....

Tapi sebenarnya apa yang aku nak cerita adalah, instinct aku kuat rasa bahawa ada orang yang tercabar dengan kehadiran aku di pejabat ni, dan seolah-olah mengubah dirinya untuk menjadi seperti aku atau nak tunjuk yang dia lebih bagus daripada aku agaknya,  dan orang sekeliling tahu atittut aku macam mana kerjasama yang diberikan tak pernah menolak kerja, berbanding dengan dia "seperti kere sumbang" ada la PA cakap. Berkira bab kerja,  Sikap dia memang bertentangan dengan aku, nak buat macam mana, aku memang macam ni,  Aku dipuji bila dia orang yang tahu aku biasa MC dan puji "suara idah sedap jadi MC",  untuk mengemas pantry idea aku, memang lebih teratur berbading dulu,dah berubah rupa bila ada aku, kerjasama memang ramai tahu aku memang tak berkira, aku baik dengan so polan dia pun nak baik dengan org tu, aku baik dengan orang ni, dia pun sama, sehinggakan aku bawak makanan ke pejabat dan mendapat pujian ramai, dia pun bawak jugak!!!!..

Bagus la macam tu, dia dah mula nak bekerja sama, dah mula nak bertugas tanpa menolak, mungkin kehadiran aku membawa 1000 1 hikmah untuk dia belajar semuanya, tetapi yang mendukacitakan dia banyak meracun fikiran aku dengan keburukan setiap orang di pejabat ni. Akuuuu!!!!!! memang tak makan racun, aku makan nasi dengan lauk hahahaha..... sesiapa pun tak mungkin akan aku dengar cakapnya melainkan aku menilai sendiri.


Sebenarnya ini bukan tempat pertama, sejak di johor baharu lagi ada orang yang agak tercabar atau cemburu dengan aku. Pindah muar pun begitu, dari kasut, baju tudung!!!! aku diperhati, malah diikuti dari pakai sandle ke pejabat tukar pakai kasut sarung, kata tak suka pakai tudung mahal, tapi cari jugak tudung yang serupa mahal tapi aku tau tudung tu murah, aku tahu kualiti kain tudung. Telefon aku ada ringtone, dia ikut jugak.... hok aloh..... walhal sebelum ni tak pernah ada ringtone.

 Pelik kadang2 orang yang begini rupa, masa aku di pentarama masing2 bergaya tapi tak de pulak aku nak iri hati, sakit hati atau nak terikut gaya depa semua. Aku pakai je baju apa yang ada, kalau baju mahal pun aku tak beli, hehehehe.....

Akak aku kata aku ni idola dia, hahahahaha lantak la. Hakikatnya, sehingga kini, walaupun aku sendiri tak tak cemburu dengan orang yang ada pasangan, aku tak iri hati dengan kesenangan dan kebahagian orang lain, malah aku tak kisahkan pun..... Aku rasa aku bahagia dengan hidup aku walaupun kurang sempurna.... Alhamdulillah...

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan