Ahad, 25 Januari 2015

Ubah Rancangan...........



Aku cadang nak balik kampung hari sabtu, tapi pagi sabtu tu rasa macam banyak pulak kerja rumah yang tak sattle, bila balik ke putrajaya hari ahad nanti mesti penat!!!! So aku batal balik kampung. 

Tub2 rancangan mengejut ke IOI CITY MALL, memujuk Asyraaf yang dah beriya2 nak balik kampung, macam mana nak balik rancang nak iron baju sehelai pun x iron, barang nak bawak balik kampung pun tak ready, kerja rumah pun berlambak. So fikir punya fikir, tak payah la aku jugak yang penat nanti.


Lepas mandi siap2 semua sarap di Ali Maju, lepas makan terus ke IOI City Mall, haaaa.... kali ni memang puas merayap, lepas ke Home Pro, aku ke Daiso, lepas tu ke kedai perabut pulak.... senang betul kalau 1 tempat ada macam2 benda. Tak sudah kat situ, sambung lagi ke WARTA Bangi yang mana ini le sebenarnya rancangan keluar sebab nak beli uniform persatuan KRS untuk Asyraaf...

Mak!!!! Aiiiii!!!!!! mahal jugak uniform persatuan sekolah budak mek!!!!! hampir RM200.... bukan sepasang pulak tu, baju lain harga seluar lain harga, t-shirt lain harga, eksesori pun tak termasuk. Fuh!!!!! nasib baik cukup duit kan!!!!



 Dah ada di warta ni apa lagi, singgah le Mr. D.I.Y. rasa macam dah lama tak pergi... wallpaper pun dah tak berapa nak ada. Tapi aku dapat beli apa yang aku idamkan, washing machine rack and shelf, tanggan pun aku beli kih...kih...kih.... apa yang nak dipanjatkan sangat kan!!!! ada la!!!!

Shopping sakan!!!!!

Asyraaf pun seronok aje dah dapat apa yang dia nak, happy la sangat, semangat nak tunggu hari rabu., nak pakai baju hijau taik lembu....

Oleh kerana balik pun dah petang, makan la dulu sebelum balik, Sup Ekor!!! memang best!! murah jer makan berdua tak sampai RM20. Tapi yang aku geram, order air sirap limau, dapat risap limau ais, pastu bising kat dapur, "tadi order sirap limau ais" wak lu!!!!!!!! aku memang tak minum ais.... cuma aku order tak cakap suam @ ais, sepak baru tau, nasib baik angin baik, kalau datang angin gila kang aje aku tinggalkan aje makanan yang di order.... Aku ni nampak je macam ni. Sampai angin putign beliung kang ha!!!!! tempat aman pun boleh ada ribut.....



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan