Sabtu, 31 Januari 2015

Seasoning Rack


Idaman hati dah ada depan mata, alhamdulillah dapat jugak, beli di homepro di IOI city mall. Ada 2 pilihan yang ini besi 1 lagi plastik untuk 8 botol, tapi harga RM 30++, so pilih yang ini RM 22 je.


Ini pun dapat idea dari join group Deco Rumah Ku Syurga Ku,  masing2 suka share idea dia og dalam group ni. Aku pun tak terkecuali, post la kat wall DRKSK. Mak aiii, sekali pos dalam group tu, ramainya yang comments, yang like pun not bad melebili 500. Walaupun bukan itu yang aku harapkan sekadar berkongsi dengan friends di group tersebut, ini merupakan my post yang paling ramai like, ada jugak beberapa pic yang aku post sebelum ni.





Senang untuk share kat group ni sebab punya minat yang sama. Memang seronok melayan persoalan dia orang, tak menang tangan nak menjawab, bertubi2 soalan, soalan yang sama pun tak kurang, walaupun saling tak mengenali, rata2 perempuan la, kalau ada lelaki pun bukan aku perasan.

Tapi yang peliknya mata dia orang ni bukan sahaja lihat post yang aku highlight, ada juga soalan yang tak dijangka, ada juga Nak tengok pic dapur aku secara keseluruhan. Tak pasal2 aku Nak mengambil pic dapur. Tak pe la selagi boleh di layan, layankan je. Hehehehe.

Tisu aku yang hijau pun di tanya, botol garam pun dia orang tanya beli kat mana, Siap Nak tengok dari dekat. Geli hati betul kerenak dia orang ni, kat wall dah tertera di mana aku beli, tapi ramai juga yang tanya beli dimana, jawab!!!!! Jangan tak jawab.... Walaupun soalan berulang....


Agak menyedihkan apa yang aku post tu di delete oleh admin, tak sampai sehari pun post. Walhal aku tak langgar syarat yang ditetapkan, Malah aku melayan je setiap personalan dari groups tu, memang terkilan la. Rupanya, selang beberapa hari, gedung DRKSK jual rack ni pulak!!!!!! Patut la dia delete my post. Mahal pulak tu harganya RM 40 1 pcs.

Lastly aku post kat wall sendiri, rupa2nya ada pemerhati jugak, yang menunggu post rumah aku, sebenarnya aku sendiri pun segan Nak post Rumah sendiri, Rumah aku sangat la simple, perabut yang ada wujud sebelum wujudnya asyraaf. La ni baru merancang, mudah2an tercapai impian aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan