Ahad, 11 Januari 2015

Percutian Terakhir Sebelum Sekolah


Jabatan buat Family Day di Bagan Lalang Sepang, so join la dan kene bayar jugak RM 100. Menginap di Hotel Seri Malaysia. Pergerakkan bermula hari Sabtu aku konvoi 2 kereta dengan office. Oleh kerana dah sampai awal melepak le pulak di Pantai Bagan Lalang. 


Alahai Asyraaf sorang je budak.... kesian dia...
Acara sukaneka datang dah awal tapi keluar balik, geng nak p makan, so datang balik sukaneka dan pun bermula, so kanak2 asyraaf tak dapat join, tapi join perseorangan, semua orang besar, dia sorang je orang kecik nak puaskan hati dia, kalau tak nanti bising je tak sudah. 


Aku!!!! gaya je lebih, kene tak jugak....

Acara siang waktu petang sukaneka, mula2 malu2 miow!!! Tapi main jugak tapi!!! alahai main le sangat hape pun x dapat, menang gelakkan orang jer hwah...hwah... hwah...

kerusi berirama pulak!!!
Terkeluar jugak..... 

Asyraaf kene siku dengan orang tua...... dah nangis pulak!!!!

rebut gula-gula, acara kanak-kanak
rebut gula-gula, hadiahnya gula2 yang diperolehi, sebagai penutup acara sukaneka
Lepas acara sukaneka masing-masing ke pantai, asyraaf nampak lain macam je, amboi!!!!!! dah seng-seng seluar... nak main air le tu. Kesian!!!! lepas kan je la, mandi tak pakai baju, terpaksa le aku beli seluar untuk dia, tak terfikir nak bawak pakaian lebih, ini la jadinya, terpaksa beli, berpuluh hinggit jugak habis buat beli baju je..eeemmmmm....




Sebelah malam dinner aka BBQ dan karaoke serta penyampaian hadiah, oleh kerana datang lambat so makanan pun tak berapa nak ada, aku tumpang orang, kereta aku tinggal kat hotel, so ikut je la rentak orang. Kesian kat Asyraaf tunggu lama kat dapur arang dia orang bakar2, hajat nak ambik kambing bakar tub2 habis!!!! Kesian anak aku, tunggu pasar malam beli kat situ jer, apa ada hal!!!! itu pun nak nangis, aduhai kememeh macam ibu dia jugak.




Yang geli hatinya tiba2 pulak aku dapat "hadiah misteri" kononnya!!!. Sebab orang pertama tepuk tanggan.... hok aloh, iyooo lah!!! hahaha.... terkejut monyet aku di buatnya. Bukan apa pun se"tin"biskut je, walaupun tin itu telah di bukak, kalau anak DARA da hilang DARA namanya. Tak pe la Alhamdulillah daripada tak de, aku pun tak sangka, apa lagi nak berharap.

alahai muka macam nyonya angkat taik....
Tapi jeng...jeng...jeng.... rasa teruja pulak!!!! dah dapat se"tin"biskut, tiba2 berhajat nak menyumbangkan lagu, kih...kih...kih.... Lagu pilihan "Tiada Jodoh Antara Kita" form me hehehe... lamanya tak berkaraoke, Wah!!! bila aku tarik!!!! tepuk tanggan pulak dia orang, mekasih...mekasih... Sebenarnya aku tak nak menonjol atau di kenali, tapi tak pe la, bedal je la 1 lagu je pun, masa tu pun ramai dah tak de huhuhu....


Belum habis, aku dah balik, ikut orang la katanya. Inilah pengalaman pertama bagi Asyraaf tidur di Hotel. Dah lama aku berhajat nak bawak dia bercuti, nak ke tepi pantai kata pada dia. Tapi ekonomi tak stabil lagi sebelum ni. Jadi ini je la untuk first experience.


 MasyakAllah keterujaan melampau aku perhatikan, eh!!!! dia pulak ajar aku, begitu begini, adoi mak ai!!!!! kecoh..... kat bilik, masa berjalan, masa makan, ada je topik dia nak cakap, ada je yang dia nak komen eh!!!!! ada-ada je la,  ada aku suruh diam je kang. 

ibu dia pun nak pasot jugak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
In syaa Allah tahun ni, kalau ekonomi mentain, sama ada pertengahan tahun atau hujung tahun ni sebelum musim tengkujuh, plen nak bercuti di tepi pantai, bawak atok dia sekali, in syaa Allah. Atok dia pun kalau hari biasa tak boleh nak berjalan sangat full time kerja jaga cucu.


Kedua-dua acara ni buat di PNK Bagan Lalang, sebahagian menginap di Resort PNK ini, tapi office ramai di Seri Malaysia. Simple je acaranya, dan sebenarnya boleh balik hari, Perjalanan lebih kurang sejam lebih je. Tapi balik Ahad, sempat la bergambar bagai, walaupun sebenarnya pantainya tak menarik sangat, air kotor kuning macam air besi karat.



Ahad pagi selepas breakfrist, terus chek out, ke pasar pulak, hati ni memang tak de hati nak beli apa2, fokus untuk hadir family day jer pun... tapi terjebat dan terpengaruh jugak la, ha!!!! habis RM60++, hadoi!!! dalam nak jimat, sekali keluar macam air tut!!!! hahahhaha.
hasil tangkapan "kononya"di pasar bagan lalang ketam, Ikan Merah, kerang dan lala buluh


Memang penat la, sampai putrajaya konon nak cari songkok sekolah tak de saiz, terus p makan, balik basuh baju, simpan bahan mentah, solat tidur.... asyraaf pun terbongkang sekali.






5 ulasan:

  1. Seronoknya pergi Family Day. In Sya Allah 16 Januari ni, Jabatan Penerangan akan buat juga Family Day tapi cuma ada jamuan dan makan2 di Hotel Puteri Pan Pacific, JB....kemudian ada acara cabutan bertuah. Nak buat di kawasan yang berpantai dan berkolam tak sesuai sebab dah sekolah...Jadi lebih praktikal buat makan2 dgn family semua anggota jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok le tu misah, ini simple je..... cabutan bertuah pun x de

      Padam
  2. Salam, boleh tanya tak...Sukaneka tu buat kat mana

    BalasPadam
  3. Salam, boleh tanya tak...Sukaneka tu buat kat mana

    BalasPadam
  4. Waalaikumussalam Resort PNK bagan lalang sis

    BalasPadam