Selasa, 27 Januari 2015

Ikan Masak Kari



BAHAN :

1.  4 ekor ikan kembong 
2.  1 bungkus serbuk kari
3.  1 kotak santal segera 
4.  1/2 inci  halia
5.  2 ulas bawang putih
6.  2 biji bawang merah
7.  1 tangkai lada merah
8.  1 tangkai daun kari
9.  9 tangkai bendi (jika mahu)
10. 1/4 cawan air asam jawa
11. 600 ml air
12. 3 sudu minyak untuk menumis
13. Garam dan gula secukupnya






CARANYA :


Bahan 4-6 ditumbuk/kisar, kemudian panaskan kuali, bila minyak cukup panas tumiskan bahan yang dikisar masukkan pulak lada merah, serbuk dan daun kari dan kacau, masukkan santan. Kecilkan api dan kacau perlahan supaya santan tidak pecah, masukkan bendi dan biarkan kuah hingga mendidih sambil dikacau sesekali, selepas mendidih masukkan ikan pula sambil kuah dikacau sesekali. Bila ikan cukup masak, kari ikan siap untuk dihidang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan