Isnin, 8 Disember 2014

Kemaskini BR1M 2015

Rombongan Mak jemah Hahah!!!!! Mak paling muda nok . _ .

Eemmm... Masa duk borak2 dengan sepupu sepapat di warung mat nor aka sepupu aku di padang lerek aka "tanah tumpah darahku" dia orang sebok cerita pasal BR1M aka nak kemaskini. Berapa punya banyak aka daaaa...

Dah alang2 ada di tangkak dan ada niat yang sama, aku pun offer kat dia orang ke LHDN muar. Eemmm.... Memang ramai manusia, dengan hujan renyai, mula2 kene isi borang walaupun untuk  kemaskini cuma tak perlu bawak dokumen yang diperlukan. Dah isi baru la dapat no Giliran. Kemudian baru serahkan pada pegawai LHDN. Tapi bukan mudah untuk tunggu giliran, lebih 100 orang menunggu huh!!!! ini macam bukan ketiak je berair....hahaha

Wah...wah...wah... Mak da fikir dapat BR1M nak  beli apa!!!! Tak pe aku fikirkan dapat nanti aku balik kene belanja aku makan sup ekor..... Huhuhuhu...

So masing2 fikir untuk balik je, tapi aku try ke Pejabat lama untuk try online pulak. Hok aloh!!!! Entah macam mana agaknya nak kene  register itu ini di pusat internet rakyat ke apa aku pun da lupa. Birokrasi betul. Kebetulan kerani bagi tau ada perkhidmatan online di LHDN so, apa lagi aku la jadi kepala  dia orang, biasa la da biasa berurusan dan berhubung dengan orang ramai, nasib di layan dengan baik, kalau tak aku tak de hal nak complen. 

Amboi berdiplin semua, cantik beratur huhu!!!!

Yang datang 5 orang tapi buat untuk 9 orang, hihihihi....... Fuh!!!!! Akhirnya Siap juga. Agak kesian jugak pada mereka yang masih menunggu giliran. Sebab ada cara lebih mudah tak perlu isi borang, tak perlu tunggu giliran.
Sempat jugak aku tanya kenapa aku tak dapat BR1M tahun ni, rupanya nama tak de dalam sistem. Pelik 2 kali aku datang LHDN Cyberjaya, apa yang dia orang buat. Nasib baik le aku ni tak kisah, anggap la tak de rezeki.Kalau orang lain mau kene serang menuntut hak dia orang. Aku sekadar mencuba nasib, tahun lepas dapat, tahun ni tak dapat, harap2 tahun depan dapat In Syaa Allah.



Sebenarnya kita orang rombongan mak jemah dari ledang ni, terlepas azab menunggu di luar, tunggu giliran, kesesakan, kepanasan of course akan pekenatan. Sebab cara lebih mudah ke kaunter pertanyaan dan cakap je nak daftar online, ada petugas yang membantu. Sebabnya dia orang yg serah borang kepada pegawai LHDN itu pun akan di semak online, entah bila nak di semak, bukan sikit2 orang. Tapi aku sedara mara dah selesai, syukur alhamdulillah.



Siap  je ke KWSP pulak, sepupu aku ada urusan, tengahari terus makan di bus station bandar maharani. Teringin makan mee bandung muar, dah lama rasanya tak makan mee bandung muar. Pergi la makan kat "abang sayang" alhamdulillah kene  rasanya, pedasnya. Tak rugi order. 1 lagi, abang tu boleh pulak Kenal aku, ramah pulak, banyak soal macam polis pencen. Orang Nak makan pun tak senang. Huhu......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan