Ahad, 2 November 2014

Takdir Seterusnya



Eemmm..... Ramai yang tak tahu aku dah bertukar pejabat. Memang senjaga menyembunyikannya dari kawan2 khususnya yg luar dari putrajaya dan bahagian lain di ibu pejabat. Rasanya tak penting untuk mereka tahu, dan bagi yang membaca blog ini harap Biar jadi  rahsia.

Aku bukan sekadar keluar dari jabatan, malah bertukar kementerian. Nyatanya memang aku yang sengaja mintak tukar. Ternyata di pentarama dah tak mampu nak bertahan.

Sebelum ni Asyraaf mak aku yang jaga, tapi sekarang dia dah x boleh jaga, sebab jaga cucu baru, akak aku bersalin. Akak aku ni pun 1, memang terasa sakit juga hati, dah agak dah mesti suruh mak aku jaga. Dah lama tak beranak masa ni le nak beranak masa aku perlukan mak, masa itu jugak la dia nak mak jugak, macam sengaja di rancang je. Dulu kini selamanya dia akan susahkan mak aku. Aku terpaksa mengalah. Aku senyap je la, Nak balik kg selalu pun da malas.

Masalah aku pulak sama je, Asyraaf x de orang nak jage. Bulan November pulak asyik nama aku naik untuk keluar@ show, jadi aku rasa fed up. Sebab dah berbulan aku tak keluar, di pejabat pun bukan tak ada kije. Keluar pun kije, kat opis pun ada kije Menunggu. Cuti orang aku kene  buat, failing aku buat, tahun ni ISO aku terlibat, malah fail ISO aku yang buat bertungkus lumus tanpa ada rasa hasad dengki dengan sesiapa, KOIR KKMM aku pun terlibat dari audition first, second, profile peserta, dan bila berlaku konflik aku tarik diri. Malas aku nak layan. Malah program kemerdekaan pun aku kene, so not affair dengan OC aka officer in charge yang sama gred dengan aku. Aku tak pernah jeles bila dia orang keluar aku tidak, sebab aku memang Nak duduk opis, OC2 faham masalah aku, cuma ada segelintir yang bila aku cakap la banyak kali, berbuih molot lom kene gila babi je, masih tak faham, masyakAllah Nak aku cakap keling ke apa.

Kemuncaknya yang menyebabkan aku hantar  borang tukar bila aku ditugaskan ke Terengganu. Apabila niat aku untuk kepentingan anak akan ada sahaja jalan yang di permudahkan, aku hantar  surat tukar 7 oktober dan aku dapat jawapan  17hb.  Dalam hati terfikir juga, kalau aku mintak tukar muar, mesti dapat. Memang sangat mengejutkan, siapa sangka, tak sampai sebulan. memang betul la Allah sahaja yang tahu bahawa aku memang tak mahu ke terengganu. So keputusan aku muktamat, aku tak akan pergi, walau di pujuk dengan beberapa orang kawan.

Pasal kerja baru lain kali akan aku cerita, bila rasa hati rela nak bercerita. Apa pun keadaanya aku rasakan jauh sungguh perjalanan kerjaya @ kerja aku. Dari minah kilang, ke hospital Muar sebagai pembantu tadbir sambilan, dapat kerja sekarang bermula dari bertugas di negeri, aku bertukar ke  2 daerah, daerah ke ibu Pejabat dan sekarang aku bertugas di kementerian pulak. 

In syaa Allah niat aku, akan aku bantu dan buktikan aku boleh diharap dan boleh buat kerja, masalah bahasa atau bertutur dalam bahasa inggeris itu semua boleh belajar. Selain itu, aku rancang untuk baca buku2 perintah am dan seumpamanya, sebagai persiapan untuk peperiksaan KPSL. Orang kata kalau ada rezeki tak kemana, kalau tak cuba mana nak tahu.

2 ulasan:

  1. Idah mintak tukar ke kementerian ke? Balik la ke Muar IDah...dah ada rumah dan dekat dengan mak. Tapi yang penting Idah bahagia dan dapat bahagikan tugas antara anak dan kerjaya. Saya ni pun selalu elak tugas luar sebab anak tak de sapa yang jaga. Nak buat macam ner, redha jer la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de hati la misah Nak balik johor @ muar, kije mcm org gila x siapa tau, semua kerja nak kene tunjuk, yg ada depan mata je d hargai, bukan Nak mintak penghargaan tapi cukup memahami, tapi kije semua tempat tak adil, duduk d HQ Bos lagi menghargai dan tahu hasil kerja kita. Setakat daerah nak2 Muar dgn PPD Hanan itu rasanya memang tak la, lagi pun dah rasa, kije dia daerah, elok la kije di sini.

      Padam