Jumaat, 14 November 2014

Ini Adanya



Aku tak pernah kisah apa yang akan jadi pada masa akan datang. Cukup melalui liku-liku perjalanan hidup ini selagi hayat dikandung badan dengan rasa gembira, penat dan adakalanya sedih, inilah lumrah kehidupan namanya. Tetapi ada juga manusia yang agak sebok untuk bertanya mengenai pasangan,  jodoh dan takdir aku, maybe they care about me, so thanks. 

Dalam hidup ni, aku dah melalui beberapa fasa, sekarang walaupun hidup sendiri, aku mampu berdiri dengan kaki sendiri, tak perlu di tanggung atau bergantung harap pada sesiapa, susah senang tanggung sendiri dan tak menyusahkan orang malah aku usaha untuk perbaiki diri sendiri, mungkin bunyinya macam angkuh, ego atau bangga, tapi inilah realiti sama ada suka atau tidak harus aku tempuhi, inilah kenyataan apabila hidup sendiri. Apa yang lebih penting, aku tak perlu menjaga hati sesiapa, memakai apa yang aku suka, berjalan kemana yang aku mahu membeli apa yang aku mampu, tanpa ada pertikaian mahupun pergaduhan. Semuanya hak eksklusif diri sendiri untuk membuat keputusan.

Jodoh itu adalah takdir, memilih itu bukan alasan walaupun aku juga berhak memilih, bermacam permainan kaum adam untuk menewaskan dan boleh buat aku kecundang, oleh itu lebih baik menyendiri, hati tidak terluka, hati tidak berprasangka, hati juga tidak mengharap, andai kebaikan yang dicari In Syaa Allah hanya Allah akan memberi jalan petunjuk sama ada terus begini atau sebaliknya.

Semua manusia ada impian dan keinginan, andai jodoh aku tiba, maka adalah!! andai tiada maka biarlah.  Sekurang-kurangnya aku telah merasai hidup berumah tangga, merasa bagaimana sakitnya untuk melahirkan anak. Sekarang aku pasrah dan redha, keredhaan ini mengajar aku terima segala dugaan dengan hati terbuka, kesedihan memang adakalanya menyentuh hati, namun hidup ini memang begini, suka dan duka, sedih dan ketawa, berpasangan bukan jaminan bahagia, berpasangan juga bukan jaminan bertiga berempat atau bertambah keluarga, segalanya bergantung pada rezeki Allah. 

Banyak pengajaran yang dilihat di sekeliling. Berpasangan dan kemewahan bukan ukuran  dan jaminan kebahagian setiap pasangan. Rupa paras bukan ukuran kesetiaannya. Kecurangan berlaku dimana-mana, malah didepan mata, apa sebenarnya erti hubungan dan pasangan. Sekurang-kurangnya aku tak berdosa dengan lelaki yang namanya suami. Kerana ramai isteri yang tak tahu tanggungjawab pada suami, tidak menjaga maruah suami, malah melebihi teman dari menemani pasangan hidupnya sendiri.... Lari dari jalan yang sepatutnya... Entah kenapa agaknya. Mungkin dunia hujung zaman... Walaupun aku agak ketinggalan zaman atau kolot barangkali....




Walau apa pun keadaan, aku bersyukur dengan apa adanya aku, aku belajar dari kesusahan sedikit demi sedikit untuk merasai kesenangan, laluan yang kadangkala berliku sentiasa buat aku berjaga-jaga dan berhati-hati. Hidup ini mudah, andai kita tak mendatangkan masalah, cuma dugaan sesekali hadir mengajar dan menegur kita, itu semua dari Allah... 

2 ulasan:

  1. Semua tu terpulang pada diri sendiri IDah..berkahwin pun bukan bermakna kita bahagia dan sempurna dan bujang pun bukan bermakna kita tak bahagia...Kalau berkahwin tapi banyak masalah melanda, lebih baik hidup sendiri..lagi sempurna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eemmmm.... tau misah..... lagi pun hidup ni bukan menyusahkan manusia, tapi manusia yang suka cari susah hehehehehe

      Padam