Rabu, 29 Oktober 2014

wallpapers




Semenjak jadi  ahli deco rumahku syurgaku, dia facebook, aku semakin minat menghias rumah. Antaranya inilah dia, wall paper. Sabar je aku dalam memilih corak wallpaper yang aku berkenan, ada tapi tak banyak pilihan. So tunggu je. 



Aku dah lama fikir untuk mengecat rumah, tapi Rumah kerajaan ni banyak syarat, fikir juga antara cat dan wallpaper mane lebih jimat. So bila tengok wall paper murah, dah macam2 le dalam kepala hotak aku ni. Tapi Nak cari warna hijau pulak susah.

Cuma yang Tapi ini da beli dulu 2 roll sebelum ni, sebab sebelum-sebelum ni aku pernah datang masih ada banyak, kali kedua datang dah tinggal sikit pulak, ada 2 je, tak pe la beli je dulu. Oleh kerana masih tak cukup, aku simpan dulu. Tak sangka pulak hujung minggu aku ke Mr. DIY dah ada banyak pulak corak,  jadi ada 2 corak yang aku beli. Kaut je yang Berrkenan tak perlu tunggu sampai esok. Kalau tunggu2 conform habis memanh sangat mendukacitakan.



Akhirnya dah cukup aku pun tak tunggu2 lagi terus pasang. Eemmm... Pasang sendiri je, da lama nak beli tangga tapi tak terbeli. Meja makan la jadi mangsa keadaan, tak pe la. Aku kan comei je tak le berat mana, hahahahaha tapi kalau meja makan itu boleh bercakap "woi!!!!! Perasan, otak letak kat kepala lutut ke apa" kih... Kih.... Kih.... Iklan sekejap.

Berjam dan berpeluh juga nak siapkan, maklum le first time buat. Tapi bila dah siap puas hati rasanya. Aku cuma 4 roll lebih, murah je 1 roll baru RM 3.80, sebab murah aku berani beli Dan pasang, kalau mahal aku pandang-pandang, jeling-jeling jer.



Sebenarnya banyak lagi yang aku simpan hiasan2 berbentuk sticker, termasuk le fream sticker, bukan apa, susah nak tebuk2 dinding untuk pasang fream, merosakkan dinding kalau guns paku lagipun ini Rumah kerajaan. So penyelesaiannya gunakan sticker, murah pulak tu, cantik pun cantik. Alhamdulillah..


4 ulasan:

  1. dah siap pasang cantik Idah..beli kat mana yer? saya berkenan juga nak tampal dgn wallpaper tapi shah kata nanti anak koyakkan. selalu saya tengok kat FB harganya mahal benor..sampai RM650 segulung, napa IDah boleh dapat yang murah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak corak misah, tapi cepat habis maklum le murah, ini made in China huhu.... Memang banyak harga, ini yg biasa2 je, sebab tu sanggup beli, kat Mr. DIY, saya x past I johor ada ke tak @ ada d mana, tapi harga memang murah

      Padam
  2. Kedai Mr DIY...cuba saya search kat google, ada tak cawangannya di JB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha try la mana tau ada, barang boleh tahan la murah berbanding kat tempat lain di putrajaya ni hehehehe

      Padam