Rabu, 29 Oktober 2014

wallpapers




Semenjak jadi  ahli deco rumahku syurgaku, dia facebook, aku semakin minat menghias rumah. Antaranya inilah dia, wall paper. Sabar je aku dalam memilih corak wallpaper yang aku berkenan, ada tapi tak banyak pilihan. So tunggu je. 



Aku dah lama fikir untuk mengecat rumah, tapi Rumah kerajaan ni banyak syarat, fikir juga antara cat dan wallpaper mane lebih jimat. So bila tengok wall paper murah, dah macam2 le dalam kepala hotak aku ni. Tapi Nak cari warna hijau pulak susah.

Cuma yang Tapi ini da beli dulu 2 roll sebelum ni, sebab sebelum-sebelum ni aku pernah datang masih ada banyak, kali kedua datang dah tinggal sikit pulak, ada 2 je, tak pe la beli je dulu. Oleh kerana masih tak cukup, aku simpan dulu. Tak sangka pulak hujung minggu aku ke Mr. DIY dah ada banyak pulak corak,  jadi ada 2 corak yang aku beli. Kaut je yang Berrkenan tak perlu tunggu sampai esok. Kalau tunggu2 conform habis memanh sangat mendukacitakan.



Akhirnya dah cukup aku pun tak tunggu2 lagi terus pasang. Eemmm... Pasang sendiri je, da lama nak beli tangga tapi tak terbeli. Meja makan la jadi mangsa keadaan, tak pe la. Aku kan comei je tak le berat mana, hahahahaha tapi kalau meja makan itu boleh bercakap "woi!!!!! Perasan, otak letak kat kepala lutut ke apa" kih... Kih.... Kih.... Iklan sekejap.

Berjam dan berpeluh juga nak siapkan, maklum le first time buat. Tapi bila dah siap puas hati rasanya. Aku cuma 4 roll lebih, murah je 1 roll baru RM 3.80, sebab murah aku berani beli Dan pasang, kalau mahal aku pandang-pandang, jeling-jeling jer.



Sebenarnya banyak lagi yang aku simpan hiasan2 berbentuk sticker, termasuk le fream sticker, bukan apa, susah nak tebuk2 dinding untuk pasang fream, merosakkan dinding kalau guns paku lagipun ini Rumah kerajaan. So penyelesaiannya gunakan sticker, murah pulak tu, cantik pun cantik. Alhamdulillah..


Sabtu, 25 Oktober 2014

Arabiata Beef




Bila selera macam orang putih, pasta jadi pilihan Kali ini try jalan arabiata beef, day macam cerita katun pulak namanya.

Macam biasa, bila order mesti cari yang pedas, konon2 la inggeris style tapi Nak jugak pedas, radar melayu la tu.

Apa pun boleh dicuba untuk lain kali, not bed. Hanya perlu ke alamanda sahaja, di medan selera RASA, cari stall 13 yang jual pasta. Macam2 ada, bukan setakat pasta, western, mee, makanan negeri Penang dan Kelantan pun ada, cuma sesekali boleh la sebab kene  tahan sikit dengan harganya yang mahal.

Khamis, 23 Oktober 2014

Car Storage Organizer



Seat Back 5 compartment Organizer ni of couse for my car, beli di pakson, alamanda.

Semata-mata untuk meletakkan botol pewangi kereta. Sebelum ni asyik belari je botol tu dalam kereta. Sangat menyemakkan kepala aku, mengganggu kesentrasi semasa memandu.

Selepas ada ni, dah tak perasan pulak ada botol ke apa ke. Yang penting beri ruang yang selesa.


Rabu, 22 Oktober 2014

Jalan Mu



Langkah ini telah jauh melalui,
Jalan yang penuh dugaan tak terperi,
Biarpun jalanya cukup banyak pilihan,
Namun tak semuanya ada kebenaran.

Terkadang jalan pilihan jauh tersasar,
Penuh onak dan duri menguji diri,
Lantas kesakitan telah dirasai,
Kepedihan ini ditanggung sendiri.

Perjalanan ini mengajar aku,
Antara dihargai mahupun dikhianati,
Sama ada lakonan atau realiti,
Agar aku sedari tulin ataupun palsu.

Tanpa disedari jalan ini di pandu,
Oleh -Mu untuk membimbing aku,
Atas pengajaran yang kau berikan,
Agar jalanku ini tidak  kecundang.

Kasih-Mu aku rasai jauh disudut hati,
Tangis dan sedih hanya kau ketahui,
Sedikt diduga sedikit hikmah telah  kau beri,
Keredhaan ini adalah kekuatan dalam hati.

Ya Allah,
Biarpun aku bukan teramat mulia,
Namun aku juga bukan insan hina,
Bantu aku melalui jalan yang lurus,
Jalan yang kau sukai lagi diredhai.

Aku mohon dan bergantung harap,
Lindungi aku dari dugaan yang berat,
Jauhkan aku dari manusia keparat,
Dan berkati hidupku dengan rahmat.

Tutupi mata hati ini, andai aku terus sendiri,
Izinkan aku berbahagia dengan cara hidupku,
Atas anugerah cahaya mata yang kau beri,
Agar dapat dicurahkan sepenuh kasih sayangku.

Aku hanya ingin, menuju redha mu.......

Jumaat, 17 Oktober 2014

Daia Softener



Daia Softener ni jadi pilihan untuk pewangi pakaian aku dua beranak. Inilah 2 yang jadi pilihan ada juga warga, oren, purple, hijau, hidung aku tak berkenan dengan baunya. Tapi macam nak cuba yang warna hijau huhuhu....

Ini juga antara yang lama digunakan, sebelum ni guna softlan, tapi sekali guna daia terminat pulak dengan wangiannnya so gunakan je la. Serbuk pencuci atau sabun pun aku guna daia jugak.

Sekarang ni sabun pun mahal, tapi nak buat apa, tak kan nak gonyoh je tak hilang bau haprak huhuhu... Apa yang penting baju aku wangi. Softener ni memang banyak pilihan, antara yang popular downy tapi belum ada hati nak bertukar lagi. Biarlah selagi hati berkenan yang ini biar yang ini je la. 1 pewangi merupakan identiti. agaknya le kwang.... kwang.... kwang...

Rabu, 15 Oktober 2014

Folding Laundry Bag Fujicom




Aku sebut "bakul baju kotor" orang putih sebut "Laundry Bag" apa pun keadaan fungsinya untuk simpan baju kotor. maklum le bila rumah ada 2 toilet, master bedroom 1, kat luar 1. So agak jauh nak melego baju sampai ke dapur. Beli le bendealah ni, memang mencari, tapi sana sini mahal, terbantut, terkentut le niat tu haha.
 
Jalan-jalan ke AEON Big ternampak dah beberapa kali tengok, favorite color pulaks tu, try la csan berapa harganya. Tak sampai pun RM20, apa lagi sapu la sebelum habis..... so letak la di master bedroom.
 
Baru le Nampak kemas, kalau tak aku campak je baju di luar pintu toilet, kalau pagi tu kadang2 tak sempat nak melego kat dalam bakut, dah bersepah. Balik kije duk memungut baju kotor, dah bekejar-kejar nak masak bagai. So dah ada ni memudahkan jimat tenaga tak perlu jalan jauh huhuhuhu orang rajin, nak besarkan perut jer... 1 lagi kemas le sikit rumah aku, kalau tak bersepah pakaian dalam dan luar kat dalam bilik tu, kan tak kemas rumah aku, siapa lagi yang mengemas kalau bukan aku.

Isnin, 13 Oktober 2014

Bila dia Bercakap


Pejam celik je kan, dah besar anak aku nan seorang ni. Sekarang agak betah jugak le bercakap dah naik malas aku nak melayannya. Tapi tu la bila dia bercakap tu kan, kadang-kadang sentap betul!!! sabo je la.
 
Tengah-tengah makan malam, tiba-tiba dia bukak cerita "Bila ibu nak kawin" terkejut dan tekedu aku sekejap. Aku dengan Asyraaf selamba je "tak de orang nak ibu" hehehehe. eh!!!! dia sambung lagi acik "...tut..'' ada. "ibu tak nak dia", senang je jawab aku haha. "Habis ibu nak sape" dia sambung soalan pulak ek!!!! Budak-budak kan mana le tau, aku cakap le "belum ada jodoh, dah sampai jodoh nanti kawin le" kalau le ada kan!!!! Dia Tanya lagi ..... "dengan siapa" Adoi pening lalat la budak ni. "Tak tau lagi tengok le nanti dengan siapa ibu kawin" "ooooo" pulak jawabnya.
 
Masa, balik kije dan ambik dia balik sekolah pun macam tu, wah!!!! dia cerita pasal kawan dia yang senasib macam ibu dia begitu begini panjang lebow, tub2 Tanya aku, "ibu bila yap nak dapat adik" adoi!!!! boleh masuk raja lawak la yang oiii kalau dah cukup umur, lucu la hai soalan tu, aku pun cakap,  "nak dapat adik kene ada bapaknya, kalau tak de bapaknya mana nak dapat adiknya, faham" dah merepek la jadi abang la nak jaga adik la cot cet cot cet molot dia... layan jela.
 
Dia ikut abah dia balik kampong, mak usu dia kawin, bila ballik tu borak le atas katil nak tidur... borak dalam gelap, aku memang suka Tanya dia  " tak rindu ibu ke?" "rindu" kata dia. Lepas tu dia cerita la macam-macam... "cuba ibu duduk dengan abah kat rumah ni, kalau yap duk dengan ibu, yap rindu abah, bila yap duk dengan abah yap rindu ibu, kalau duk sama kan senang yap tak rindu sape-sape" pulak's... apa-apa la yap...
 
Tapi ayat dia yang paling aku tak sangak bila dia kata "ibu-ibu, ibu tau tak tahi lalat di hidung tandanya garang, tapi tahi lalat di pipi tandanya manja, macam ibu manja, yap suka kalau ibu manja dengan yap" pelik aku, jadi nujum pak belang pulak.... betuah punya anak... entah mana dia belajar....

Ahad, 12 Oktober 2014

Teh Lipton


Teh Lipton ni memang pilihan aku dari dulu, maknanya dah lama le tu. Biasanya teh jadi pilihan selain teh o, itu pun kadang-kadang sebab aku menang suka minum teh. 

Pernah juga cuba Teh Boh, tapi tak kene  dengan selera Aku, terasa tehnya pekat aka kelat. So tak berminat la untuk membelinya. Makanya Lipton la jadi pilihan. Siapa yang hunting kalau bukan tokey Lipton. Kan!!!!!!

Cerita pasal teh ni, orang kata teh ni angin. Aku dari kecik minum teh. Badan OK apa, tak de le pulak kembang setaman. Slim river jer..... Huhuhuhu... Pasan la pulak.....

Tapi Nak di jadikan cerita, Aku bertugas di Pahang, breakfast minum teh, driver makan aku order teh juga. Petang aku minum teh lagi, tak jemu rasanya dent an teh. Memang tak kira cuaca teh juga pilihan ordernya, Aku memang tak minum ais......

So bila lepas teh, teh, lepas teh teh lagi. Memang Aku rasa perut semacam je, kekembongan barangkali. So memang betul la, tapi, bila minum banyak kali. Bukan baru minum secawan teh dan  angin ke ribut ke taufan ke pulak.

1 lagi angan ke tak itu bergantung pada dari atau antibody masing-masing, kalau diri sendiri berpenyakit Dan bawa penyakit, itu bukan salah teh, tapi than punya badan, banyak lagi minuman yang boleh dipilih, jangan orang punya Pasal teh jadi  mangsa, tapi jangan naik harga sudah hehehehehe.....

Jumaat, 10 Oktober 2014

Masa untuk Mandi


Kereta aku pun nak mandi jugak. Kereta kotor terasa macam tuannya pun pengotor, so sebulan sekali mandi pun tak pe, jadi la kalau selalu mau bankrup aku....
 
Setakat ni aku cuci kereta di Alamanda RM 16 bersih luar dan dalam. Sementara tunggu tu aku cuci la mata di Alamanda, merayap le ke Aeon Big ke, Japanis Home Center ke Pakson ke walaupun aku jarang pergi huhuhu ada tapi kadang2 je  Mahai giler  barang dia. Aku mampu tengok jer... Huhuhuhu.... Yang penting balik kereta dah siap.
 
Bila balik kampung ada kesempatan aku cuci jugak free je sebab cuci sendiri. jangan main-main aku ni nampak macam lembut,  "macam" je... tapi dia punya ganas tersembunyi huhuhuhu..... Selagi aku boleh buat sendiri aku buat, ini pun sebab duk rumah bertingkek-tingkek, kalau rumah teres tak ya susah2 aku suruh orang cuci habis kan duit aku jer kan......

Aku kalau pandai buat rumah, aku buat sendiri.... semua nak buat sendiri nak jadi Lady gagah kononnya hahahhaa........... Sekian terima kasih...

Rabu, 8 Oktober 2014

Mr Muscle Toilet Cleaner

 
 
 
Haa.... ini lah pembantu aku di rumah khusunya di toilet. Dah Lama juga menggunakannya. Setakat ni aku puas hati untuk terus gunakan Mr Muscle Toilet Cleaner.
 
Kepala dia tu senang nak masuk tang mangkuk tandas, desing yang sangat sesuai. Baunya pun sedap untuk hidung aku yang kembang ni. Biasanya aku pilih pine, sedap baunya.


Isnin, 6 Oktober 2014

Akhirnya............

Masa mula2 beli kereta antara tempat untuk belajar adalah tempat parking di opis. Aku takutnya nak parking kat B4 dibangunan KKMM, perasaan ni rasa macam sempit je, macam susah je, macam leceh je. So aku selesa parking di kawasan lapang belakang  opis, kepunyaan KPKT.

Tetapi kerana peristiwa parking di kawasan lapang aku nak keluar tak boleh, dua kali pulak tu, aku nekat try parking di B4. Alahai!!!!!!! Semuanya bukan lagi masalah. Sebelum ni, hanya perasaan yang dia layan, bimbang Dan takut.

Aku ke paradigm mall, Aku ke giant, Aku ke alamanda, boleh je. Tapi Nak parking dia opus sendiri takut. Tetapi akhirnya, bukan lagi masalah, Aku pun selalu datang cepat, jadi  parking madih banyak kosong.

Cerita Pasal parking, ini le masalah utama yang membimbangkan aku sebelum dan semasa baru beli kereta. Maklum le, orang tak pernah ada kereta, apa lagi memandu!!! Jauh sekali. Kesian.

Tapi setelah sebulan memandu, dan beberapa ketika sehingga sekarang, alhamdulillah semuanya dia permudahkan. Aku lebih suka parking masak bontot dulu, rasa lebih senang, berbanding masuk kepala itu yg aku x terer. eh!!!!! Betul ke sebutnya bontot... Macam lucah je huhuhhuuuu. Tak pe la yang penting sekarang semuanya bereh....

Dipendekkan cerita ikut rasa binasa, ikut hari mati, jadi ikutlah berani pasti jadi .... Lambat sikit Aku ni kalau cerita Pasal kereta dam memandu, tapi dengan izinnya  baru la ni merasa. Yang Penting semuanya atas usaha sendiri tanpa bergantung dan berharap dengan orang lain khususnya lelaki... Ha!!!!! boleh buat kenyataan macam tu.... Boleh jer....


Jumaat, 3 Oktober 2014

Lama Tukar Baru


Ini dia kad ATM Maybank yang baru, sayang sebenarnya nak tukar terutamanya sebab tak de masalah. Kad kuning tu dah lama digunakan dari Maybank menggunakan buku, ingat lagi masa tu kerja di Pioneer  buat pada tahun 1999 sampai 2014 masih elok digunakan, peh!!!!! 15 tahun kalau usia anak perempuan dah jadi dara sunti ler.
 
Walaupun tak de masalah dengan kad ini tetapi masalahnya nak keluar duit mesti nak kene ke Maybank, ATM lain tidak akan di layan. Masa di Johor memang tak de rasa macam masalah sangat, pi mai pi mai tang tu. Dan aku pun kalau keluar duit ikut guna kad di bank yang sama. Mana boleh guna ATM bank lain, suka-suka nak bagi bank tu untung, aku yang rugi walaupun 50 sen ke RM1 duit aku, baik p sumbang rusau ke masjid ke... dapat pahala.... Aku ni kadang2 berkira, kadang2 mengira, kadang2 tak terkira hahahaha.... apa2 entah....
 
 
Ada beberapa sebab kad ini ditukar, untuk mudah keluar duit dimana-mana, selain itu kerana nak gunakan debit kad so tak perlu keluar duit banyak-banyak. Tapi dua kali try di tempat berbeza, tak boleh guna debit kad ni, nyesal rasanya tukar... Itu lah kad ni bukan ada masalah pun ..... so karma........ huhuhu kononya..

RM12 bayar untuk buat baru, potong duit dalam akaun jer. Sayang sebenarnya kad ni 15 tahun, bukan rosak sangat pun sikit-sikit je. ada orang setahun dua dah macam manilakad renyuk hahahahah.....  Ingat kad ni tak de harga ke walaupun hanya sekeping kad. Cuba buang kad ATM tu, kalau tak de duit dalam bank tu pun, nak buat baru ingat tak guna duit.

Khamis, 2 Oktober 2014

Spaghetti Aglio Olio



spaghetti aglio olio


Manu untuk kali ni dari secret recipe beberapa makanan menjadi santapan. "spaghetti aglio olio" jadi pilihan aku, not bed la, tekak jawa eh!!! melayu macam aku ni boleh layan la. Ada seefood. 

Asyraaf pulak makan beef spaghetti meatballs, tapi tak sesedap spaghetti melayu buatan ibu dia. Memang la berbeza omputih punya resepi di melayukan hahahahaha....



Dinner sempena hari Lahir Asyraaf yang ke 8 tahun di sambut di "Secret recipe"  Alhamdulillah, dapat bersama menyambutnya. dan kali ni, kek pun bukan sebiji, 2 potong jer, tak mau membazir, itu pun tak habis makan. kek chocolate indulgence jadi pilihan, memang sedap!!!!! 


kek chocolate indulgence