Selasa, 26 Ogos 2014

Selesai Sudah


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku melepasi puasa enam walaupun di penghujung shawal. Dalam keadaan sebok dengan kerja dengan jamuan bagai, sampai terpaksa berpuasa pada hari ahad baru ni. Memang tahun ni puasa nam dalam sejarah sebab aku tak pernah berpuasa pada hari cuti. Oleh kerana memang nekad aku puasa jugak walaupun tak berapa nak sahur kat tangkak, balik pulak ke Putrajaya, aku memang nak puasa, makanya genaplah 6 hari pada hari Isnin.

Seronok rasanya nasib baik, tak piriot, siap niat dalam hati "Ya Allah!!! izinkanlah aku cukupkan puasa enam ni". Niat yang baik, Alhamdulillah di balas baik. Nasib tu menang tersangat baik la Tub2 lepas cukup  puasa 6 semalam, hari ni aku  piriot... Ha!!!! tu dia baru betul raya hahahaha!!!!

Aku dah puasa tak mencatit, lupa pulak masa puasa tu start bila rasa pada 13hb aku puasa, tapi rasa macam was-was, itu yang kelam kabut, tak pe la biar lebih jangan kurang dan yang penting sekali aku dapat puasa enam, bayar cuti puasa ramadhan dan niat puasa sunat yang mana pada hari Isnin dan Khamis.

Cerita pasal puasa sunat ni. Dulu aku rajin jugak puasa sunat, masa anak kecil, masa tu kerja tak macam sekarang jadi setakat puasa isnin Khamis tak jadi masalah. Cuma sekarang ni, macam2 kerja. Bila terkene pada Hari Isnin atau Khamis. Aku memang tak puasa. Aku nak puasa bila Isnin dan Khamis memang tak de kije. Kadang-kadang meeting la bagai. 

Lebih-lebih lagi kerja sekarang lebih rencam dan banyak pergerakkan. bukan setakat duk setempat. Kalau aku duk setempat memang aku tengah takde kije le tu... Apa pun lepas ni aku nak terus puasa sunat Isnin Khamis. Harap-harap dapat la.

2 ulasan:

  1. Dulu saya pun rajin puasa...skrg ntah bila nak puasa sunat. Bulan syawal pun hanya dapat ganti hutang puasa jer...nak puasa nam sebenarnya masa tu sempat lagi tapi kena puasa hujung minggu la. Disebabkan duduk rumah, mmg tak de la nak puasa...masak dan makan jer la kerjanya. Kalau kerja senang sikit nak puasa....pagi puasa balik kerja dah nak buka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETUL MISAH.... TAPI DAH NIAT KALAU BOLEH NAK DAPAT PUASA NAM SEKALI.... GANTI DAPAT JUGA LE DGN PUASA SUNAT HUHUHU.... KAN KITA BOLEH BERPUASA SEKALI DENGAN NIAT YANG LEBIH SEKALI......

      Padam