Isnin, 14 Julai 2014

Ayam Kunyit Panggang Kasturi




Bahannya :

1. 6  potong/ketul ayam telah diperap bersama garam dan kunyit
2. 2 biji bawang Putih ditumbuk
3. 2 biji bawang besar dipotong bulat
4. 3 sudu besar sos tiram
5. 3 tangkai lada cili dibelah dua @lebih jika ingin pedas
6. 1 biji limau kasturi
7. Garam dan gula @ perasa secukupnya
8. Kacang buncis dan lada merah untuk hiasan Dan tambahan
9. Serai dan daun limau purut sebagai aroma masakan.


Caranya :

Ayam dipanggang dalam kuali dengan api yang sederhana dan ditutup rapat, biarkan beberapa ketika sehingga ayam sedikit masak.

Masukkan bawang putih, sos tiram, perasa, lada cili dan perahkan air limau kasturi dan gaulkan agar sekata, masukkan juga daun lamau purut dan serai yang telah dititik.

Ayam ini akan mengeluarkan air dan minyak dari daging tersebut, oleh itu biarkan sehingga air yang ada menjadi kering, kemudian masukkan pula lada merah dan kacang buncis.

Apabila kacang buncis kelihatan kecut atau telah masak, ayam pun telah masak, soap untuk dihidang.

P/s : masakan ini, tidak perlu menggunakan minyak. Sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan, malah sesuai jugak sebagai menu berbuka dan bersahur.

Apa yang penting memasak lebih mudah dengan TAFEL dan yang pasti, asyraaf makan lebih dari ibu dia. Sedap katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan