Jumaat, 25 Julai 2014
Khamis, 24 Julai 2014
Selasa, 22 Julai 2014
Isnin, 21 Julai 2014
Jus Tembikai Punch Mangga
Bahannya :
1. 1/4 biji buah tembikai bersaiz kecil
2. 2 sudu gula
3. 1/4 biji mangga dan tembikai di potong dadu
4. Air dan ais secukupnya
Caranya :
Blender tembikai bersama gula dan air secukupnya. Potonggan mangga dan tembilai pula di masukkan ke dalam gelas, tembikai yang telah hancur dikisar dutuang kedalam gelas. Dah pun suap. Sesuai untuk berbuka puasa.
Ini permintaan anak aku yang bertuah si Asyraaf, tak pe la layankan je. Maklum la sehingga sekarang dia masih berpuasa, Alhamdulillah. Sejuk perut ibu menggandung.
Ahad, 20 Julai 2014
Kerisi Masak Pindang
Bahan :
1. 2 biji bawang putih
2. 3 biji bawang merah
3. 1 inci halia
4. 1 tangkai lada merah
5. 2 Ekor ikan kerisi sederhana besar
6. 5 tangkai bendi
7. 2 mangkuk air
8. 1 mangkuk kecil air asam jawa
9. garam dan gula secukupnya
Caranya :
ikan yang siap disiang di basuh dan digaul dengan serbuk kunyit(serbuk kunyit biar lebih) dan garam. Masukkan Air didalam periuk bersama bahan 1-4. Selepas kuah mendidih masukan ikan dan sayur bendi. Bila isi ikan cukup masak, siap untuk di hidang.
Rabu, 16 Julai 2014
Lenovo IdeaTab A3000
Selepas henset sumsung galaxy Y aku yang murah tu mati tak mau hidup-hidup. Akhirnya aku buat keputusan untuk beli tab. aku tengok tan sumsung di Aeon Big, tengah offer RM 5++.++. Tak puas hati rasa nak servay di tempat lain. Jauh aku merayap di KL Central perginya, tengok kedai henset. Memang betul harga tab sumsubg murah free power bank lagi. Tapi aku terbekenan dengan Lenovo IdeaTab A3000. So beli. Walaupun mahal dari Tab samsung.
Kebetulan aku ambil cuti seminggu untuk balik kampung cuti sekolah dan kenduri arwah. Malang tak berbau kan. Beli 31 mei 2014 tapi 02 Jun 2014 tan ni mati tak mau hidup. Puas aku tekan button on. La!!!!! jangkit ke mati jugak tak mau hidup.... Adoi!!!!!! pening Aku. Hantar semula ke tempat dibeli.
Mak ai!!!! call macam-macam alasan kejap itu kejap ini. Naik sakit hati aku dibuatnya. Ada dalam sebulan repair di kedai. Sementara menunggu baik aku guna la henset anak aku. Alahai terkial-kial nak guna, nak-nak nak hantar mesej.
Itu pasal aku beli handphone Nokia. Bila dah ada 2 ni, tab jarang digunakan. Ingat untuk internet, tapi tak boleh line sloww, dengan no baru ni. No. lama top up RM 30 tengok la internet, OK je. Dah ada 2 ni gunakan aje le.
Sebelum ni ada orang tegur beli la tipon besar, ha!!!! tu dia sekali beli 7 inci geli hati, bila dah besar susah nak di pegang pulak. Adoi!!!! pening lagi. Tab ni pun aku install game je... kalau asyraaf nak main guna tab, henset aku tak boleh kalau.
Selasa, 15 Julai 2014
Oren Punch Mangga
Bahannya :
1. 2 sudu besar oren SUNQUICK
2. 2 sudu gula
3. 1/2 biji mangga di potong dadu
4. Air dan ais secukupnya
Caranya :
Bancuh oren sunquick bersama gula. Manakala potonggan mangga di masukkan kedalam gelas dan tuangkan bancuhan oren sunquick dan akhir sekali masukkan ais, siap mudah sahaja.
Apa yang pasti rasanya Asyraaf suka, dapat kunyah potongan mangga.
Isnin, 14 Julai 2014
Ayam Kunyit Panggang Kasturi
Bahannya :
1. 6 potong/ketul ayam telah diperap bersama garam dan kunyit
2. 2 biji bawang Putih ditumbuk
3. 2 biji bawang besar dipotong bulat
4. 3 sudu besar sos tiram
5. 3 tangkai lada cili dibelah dua @lebih jika ingin pedas
6. 1 biji limau kasturi
7. Garam dan gula @ perasa secukupnya
8. Kacang buncis dan lada merah untuk hiasan Dan tambahan
9. Serai dan daun limau purut sebagai aroma masakan.
Caranya :
Ayam dipanggang dalam kuali dengan api yang sederhana dan ditutup rapat, biarkan beberapa ketika sehingga ayam sedikit masak.
Masukkan bawang putih, sos tiram, perasa, lada cili dan perahkan air limau kasturi dan gaulkan agar sekata, masukkan juga daun lamau purut dan serai yang telah dititik.
Ayam ini akan mengeluarkan air dan minyak dari daging tersebut, oleh itu biarkan sehingga air yang ada menjadi kering, kemudian masukkan pula lada merah dan kacang buncis.
Apabila kacang buncis kelihatan kecut atau telah masak, ayam pun telah masak, soap untuk dihidang.
P/s : masakan ini, tidak perlu menggunakan minyak. Sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan, malah sesuai jugak sebagai menu berbuka dan bersahur.
Apa yang penting memasak lebih mudah dengan TAFEL dan yang pasti, asyraaf makan lebih dari ibu dia. Sedap katanya.
Ahad, 13 Julai 2014
Petola Masak Air
Bahan-bahan :
1. 1 biji Petola sederhana besar
2. 1 biji bawang Putih
2. 2 biji bawang me rah
3. 1 biji lada merah
4. 5 ekor ikan bilis dibelah 2 @ ikut suka
5. Segenggam soon @ikut suka
6. 1 mangkuk Air
7. Garam gula @ perasa secukupnya
Cara-caranya :
Masukkan air dalam kuali, selepas air mendidih masukkan bahan 2 hingga 4, garam gula @ perasa secukupnya, Kemudian masukkan sayur petola dan soon, biarkan beberapa ketika hingga petola masak, siap untik dihidang.
Mudah untuk orang yang bekerja, Malah baik untik kesihatan kerana masakan tanpa minyak. Lebih sedap jika ada sambal belacan.
Khamis, 10 Julai 2014
Tamu Ramadhan
Ee...... Serupa tetamu tak di undang. Tiba2 je ada orang mesej mengaku kawan polan si polan... suruh aku tanya kawan2 yang perlukan housemate. Bila aku kata nanti aku tanyakan kawan. Dia kata tak sempat pulak, sebab nak tumpang malam 01 Julai jugak... dalam hati aku kalau dah macam tu kenapa nak tanya aku. Aku faham, kalau nak tumpang cakap je la nak tumpang rumah, kan!!!!!! Apa salahnya nak tumpang maklum awal-awal, sehari sebelum ke?
Aku pun cakap je kalau macam tu tumpang je la rumah akak. Tapi hati aku ni dalam keadaan rela paksa. Kesian kat orang, kalau aku dalam situasi macam tu pun, memang mengharap simpati orang jugak. Kelam kabut aku di buatnya, mana taknya tetamu nak datang, beli lauk pauk di pasar tani, beli perabut pulak nak hantar malam tu jugak, bilik untuk tetamu tak ready lagi. Dah datang malam call aku tanya pulak rumah kat mana, aku tanya dia kat mana dia pun tak tau ingat putrajaya ni petronas 1 je ke? laki dia boleh pulak cakap nak marah aku. Agak2 le kalau aku tak bagi bini dia tumpangkan, apa jadi.... Aku yang kurang ajo ni pun ada bahasa jugak.
Nasib baik dia datang lambat sikit, aku sempat kemas bilik untuk dia, bilik asyraaf pulak aku kemas kemudian. Aku memang pernah la nampak dia, itu pun jumpa masa majlis jabatan dia. Nak kata kenal atau kawan tu, rasanya tak masuk dalam kategori kot. Aku memasak je untuk berbuka, tak pernah ajak makan luar, mana ada kenderaan. Tertanya-tanya jugak dia tinggal kat rumah aku sampai bila ek!!! eemmm.... tak lama ada la dalam seminggu dia kat rumah aku. Jumaat balik kampung jumpa family, maklum le sudah berkahwin.
Macam mane dia datang macam tu jugak le dia balik, last minit baru nak bagi tau dah dapat penempatan dan nak balik @ nak luar, laki dia siap datang, maknanya, mesti dia dah dapat tau awal.... Tak salah pun kalau bagi tau aku, eeemmmmm biar lah mungkin peel dia memang macam tu. Bila last minit mintak maaf la kalau nak bawak laki dia masuk rumah aku. Aku masak cukup2 jer.... Memang nak ajak buka kat rumah.... tapi ...... aku tak bersedia dan tak sediakan makanan yang banyak kalau cakap awal2 dengan aku, boleh la buka kat rumah aku, bukan aku berkira sangat pun.
Sebenarnya, aku suka kalau ada orang datang rumah, orang yang datang tu membawa rahmat untuk keluarga, apa lagi menyediakan makanan untuk mereka dan apalagi menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa. Tapi keadaan orang yang datang tu biarlah bersesuaian, maklum awal, atau dijemput.
Isnin, 7 Julai 2014
Nokia XL
Aku merayap ke mid valley megamall, tujuan dia 1 jer nak beli henset. Hok Aloh tempat yang punya le besar, bukan senang nak cari kedai henset. Tub-tub aku melalui kedai Nokia, amoi!!!! memanggil-manggil, alahai ingat kenapa dia suruh isi from nanti dapat teddy bear... tu mcm kat atas hehehe....
Tengok-tengok jugak la henset sekali, pertama mesti tengok harga, orang kata pakai baju tu bio le kene dengan badan sendiri... kan!!!! keduanya aku nak yang besar... hahh!!! Aku cari yang murah tapi besar. jeng...jeng....jeng, terkejut aku ada le pulak kat nokia ni kan terbekenan le pulak terpanah dalam hati hahaha..
Macam cantik je, kan!!!Apa lagi Nokia XL la jadi pilihan, besar la dari henset dulu tu. ada warna hijau... wah!!!!! memang favorite color. Macam-macam pilihan warna ada tapi aku nak hijau jugak....tak sampai pun 1K pun, tak nak la beli mahal-mahal rugi...huhuhuhu.... Ini hijau kecil.... akan datang hijau besar pulak hehehehe...
Memang tak sama dengan samsung function dia, nokia ni simple je maklum le murah, tapi tak pe yang penting camera ada flash, ada 3G, boleh ber tenet2 hehehehe..... Alhamdulillah.
Tengok-tengok jugak la henset sekali, pertama mesti tengok harga, orang kata pakai baju tu bio le kene dengan badan sendiri... kan!!!! keduanya aku nak yang besar... hahh!!! Aku cari yang murah tapi besar. jeng...jeng....jeng, terkejut aku ada le pulak kat nokia ni kan terbekenan le pulak terpanah dalam hati hahaha..
Macam cantik je, kan!!!Apa lagi Nokia XL la jadi pilihan, besar la dari henset dulu tu. ada warna hijau... wah!!!!! memang favorite color. Macam-macam pilihan warna ada tapi aku nak hijau jugak....tak sampai pun 1K pun, tak nak la beli mahal-mahal rugi...huhuhuhu.... Ini hijau kecil.... akan datang hijau besar pulak hehehehe...
Memang tak sama dengan samsung function dia, nokia ni simple je maklum le murah, tapi tak pe yang penting camera ada flash, ada 3G, boleh ber tenet2 hehehehe..... Alhamdulillah.
Jumaat, 4 Julai 2014
Lemon Tea Laici
Bahannya :
1. 1 Uncang teh LIPTON
2. 2 sudu besar oren
SUNQUICK
3. 5 Biji buah laici
@ ikut suka
4. 2 sudu gula
5. Air dan ais secukupnya
Caranya :
Bancuh teh
lipton bersama gula, masukkan oren sunquick. Kemudian masukkan buah laici
didalam gelas, tuangkan air yang telah dibancuh dan akhir sekali masukkan ais,
siap mudah sahaja.
Apa yang pasti rasanya macam lemon lipton tea, tapi homemade
punya kurang manis, jaga kesihatan kononnya.Tapi kalau tak masuk ais manis jugak hahahaha....